Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

QZ8501 : Penumpang Malaysia...

Seorang penumpang Malaysia yang berada dalam pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang hilang awal...

“Orang Lain Hendak Menyibuk...

KUALA LUMPUR - "Itu antara saya dan apa yang perlu diperbincangkan adalah antara...

Harga RON95, RON97 Turun...

KUALA LUMPUR - Harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing turun 1 sen,...

Panda Zoo Negara Akan...

Orang ramai hanya memiliki tempoh kira-kira sebulan setengah untuk melihat aksi comel anak...

Galak Integriti Menerusi Peruntukan Liabiliti Korporat

KUALA LUMPUR – Bagi menggalakkan dan meningkatkan integriti dan memerangi rasuah dalam sektor korporat, draf peruntukan Liabiliti Korporat dijangka dibentangkan di Parlimen seawal Jun atau akhir tahun ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Paul Low Seng Kuan.

Peruntukan baharu itu yang akan dimasukkan dalam Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, kini di peringkat akhir diperhalusi oleh Pejabat Peguam Negara.

Selain daripada kerangka perundangan, Jawatankuasa Integriti dan Tadbir Urus (JITU) akan bekerjasama dengan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan sektor swasta untuk menganjurkan pelbagai program berkaitan rasuah, katanya kepada Bernama selepas melancarkan Persidangan Integriti Belia (YFI) di sini hari ini.

Sebelum ini, Low dipetik sebagai berkata peruntukan baharu itu akan menggalakkan lebih banyak syarikat untuk menandatangani ‘Ikrar Integriti Korporat’, program yang diperkenalkan pada 2012 bertujuan memerangi rasuah dalam sektor korporat.

Sementara itu, YFI dianjurkan Empowering Youth Endeavours, SPRM, Malaysia Airport Holdings Berhad dan Institut Integriti Malaysia (MII) menarik penyertaan lebih 150 peserta daripada pelbagai institusi pengajian tinggi.


Presiden Empowering Youth Mohd Reza Samsani berkata program itu bertujuan menggalakkan golongan belia memainkan peranan aktif dalam meningkatkan tahap integriti dalam kalangan masyarakat.

Katanya inisiatif itu menekankan nilai-nilai integriti dan membantu belia Malaysia untuk lebih memahami dan menghargai integriti serta kesan buruk perbuatan rasuah. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=1UG1UbfF72k

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori