AKIBAT satu perselisihan faham, seorang lelaki bertindak menyembunyikan diri dengan menyorok dalam sebuah longkang di Taman Daya, Johor Bahru.
Malangnya, situasi bertukar tragedi apabila lelaki berkenaan gagal keluar dan tersangkut berjam-jam lamanya dalam longkang berkenaan.
Susulan itu, sepasukan anggota Bomba dan Penyelamat Tebrau terpaksa dihubungi untuk mendapatkan bantuan bagi menyelamatkan mangsa.
Mujurlah, mangsa berjaya dikeluarkan oleh pasukan Bomba dan Penyelamat kira-kira pukul 11.30 malam.
Insiden yang dilaporkan berlaku malam tadi ini, dikongsikan di Facebook Korporat Ibu Pejabat Bomba Putrajaya.
– MYNEWSHUB.CC
https://www.youtube.com/watch?v=MKXMhdwvX0o