RADAMENES, seekor kucing hitam dari Bydgoszcz diberi gelaran ‘jururawat’ sepenuh masa di tempat perlindungan haiwan di Poland.
Selepas pusat veterinar terbabit menyelamatkan nyawa kucing itu, Radamenes seperti ingin membalas jasa baik  dengan menjadi penjaga setia kepada setiap haiwan yang sakit di sana.
Radamenes yang diselamatkan dari jangkitan di saluran pernafasannya satu ketika dahulu kelihatan sangat selesa dan mesra dengan haiwan lain yang baru dimasukkan di pusat itu.
Ia dilihat memeluk, mengurut dan ikut membantu membersihkan luka-luka haiwan lain yang cedera.
– MYNEWSHUB.CC
https://www.youtube.com/watch?v=aBW5dfRoG7Q
Oleh: SYFQAKHIR