SEORANG lelaki warga emas berhadapan dengan situasi paling getir dalam hidupnya apabila kakinya tersangkut pada pisau pengisar jentera membajak tanah miliknya ketika sedang memanaskan enjin jentera itu.
Kejadian yang berlaku dekat rumahnya di Batu 11 1/2 Jalan Taping, Bagan Serai, 8.30 pagi semalam mengakibatkan mangsa Yahaya Hassan, 65, cedera parah di kaki kiri.
Semasa kejadian, mangsa dikatakan sedang memeriksa dan membersihkan mata pisau pengisar jentera yang berada di belakang rumahnya.
Dalam pada itu, seorang saksi yang berada berdekatan tempat kejadian melihat mangsa sedang meraung kesakitan dalam keadaan terbaring dan kakinya tersangkut dalam mesin jentera berkenaan.
Operasi mengeluarkan mangsa dilakukan oleh anggota Bomba dan Penyelamat Bagan Serai sebelum dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan. – MYNEWSHUB.CC
Oleh: FARAH