PELAKON yang semakin bahagia dalam melayari bahtera rumah tangga, Fasha Sandha mengatakan dia bakal tampil dengan jenama pakaian kanak-kanak sendiri pada masa akan datang.
Menurutnya, anak-anak termasuk anak tirinya Putra Rayqal Ramli merupakan sumber inspirasi baginya untuk memulakan perniagaan tersebut.
“Saya akan keluar dengan label baju kanak-kanak jenama Jiwa yang saya dedikasikan kepada anak lelaki saya iaitu Rayfal dan Rayqal. Produk kecantikan Jemaima untuk anak perempuan saya, jadi pakaian ini saya buat untuk mereka pula. Setakat ini sambutan baik melalui online,” katanya memetik laporan mStar.
Semalam juga Fasha sekeluarga berkesempatan meraikan ulang tahun kedua anak sulungnya, Putra Rayfal Ramli yang turut dihadiri rakan artis seperti Lisa Surihani, Datuk Siti Nurhaliza, Liyana Jasmay, Erin Malek dan Putri Balkish.
Happy birthday Rayfal!
Jom layan gambar-gambar ceria sepanjang majlis itu berlangsung semalam.
– MYNEWSHUB.CC
https://www.youtube.com/watch?v=qg3NPzJrdb8