SEMALAM berlangsung meriah majlis resepsi perkahwinan heroin drama Teman Lelaki Upahan, Siti Elizad Sharifuddin, dan suami, Shamsul Baharin Rahman, 43, di Kampung Pengantin, Setapak.
Elizad dan suami kelihatan sama cantik sama padan mengayakan busana berwarna krim yang direka oleh Jimmy Couture.
Sebelum ini, pelakon berusia 31 tahun itu mendedahkan dia sudah mendirikan rumah tangga sejak tiga bulan lalu, iaitu pada 11 Januari lepas.
Aktres itu terpaksa merahsiakan perkahwinannya daripada pengetahuan pihak media dan peminat kerana menghormati permintaan bapanya.
Tahniah Elizad dan suami, semoga bahtera yang dibina berkekalan sehingga ke akhir hayat hendaknya. Amin. – MYNEWSHUB.CC