Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Malaysia Kemuka Pencalonan Untuk...

SEPANG - Malaysia memutuskan untuk mengemukakan pencalonan untuk dipilih semula menganggotai majlis pentadbir...

Pihak Produksi Tak Mahu...

BELUM lagi reda tentang isu panas Aliff Aziz yang didakwa telah memukul isterinya,...

Belanda: Ratusan Sertai Protes...

AMSTERDAM: Ratusan penduduk berhimpun di Lapangan Terbang Schiphol, Amsterdam di Belanda bagi membantah...

Pemuda Usia 21 Tahun...

MANPREET Singh, telah berusia 21 tahun namun fizikalnya yang pendek, sama seperti saiz...

Gambar Terbaru: Zamani Dah Makin Berisi Dan ‘Bulat’

SEKEPING gambar terbaru vokalis kumpulan Slam, Zamani yang kini tersebar di laman sosial mengejutkan ramai orang.

Jika sebelum ini penyanyi yang terkenal menerusi lagu Gerimis Mengundang itu kelihatan tersangat kurus terutama pada hari dia ditangkap kerana terlibat kes dadah Januari lalu, kini fizikal dirinya jauh berbeza apabila tampak berisi hinggakan bentuk wajahnya kelihatan sedikit bulat.

Boleh dikatakan, tiada lagi bayangan Zamani yang dahulu cukup sinonim dengan rambut panjang dan badan kurus kering.

Menerusi gambar tersebut, Zamani yang kini sudah berambut pendek kelihatan sihat sambil tersenyum manis bersebelahan abangnya.

Wajah terbaharu Zamani.
Wajah terbaharu Zamani.
Wajah cengkung Zamani ketika ditahan, Januari lalu ekoran penyalahgunaan dadah.
Wajah cengkung Zamani ketika ditahan pihak polis ekoran penyalahgunaan dadah, Januari lalu.

Perkongsian gambar tersebut mendapat reaksi positif peminat Zamani yang mahukan penyanyi kesayangan mereka itu pulih sepenuhnya daripada ketagihan dadah.

Apatah lagi, penyanyi bervokal mantap ini diharapkan dapat kembali memeriahkan hiburan tanah air.


Awal Mac lalu, Zamani dikatakan mencatat perkembangan positif apabila berat badannya meningkat sebanyak sembilan kilogram selepas menjalani rawatan pemulihan selama hampir dua bulan.

Zamani ditahan pihak polis kerana memiliki dadah jenis heroin seberat 1.2 gram pada Januari lalu.

Mahkamah Majistret Ampang telah menetapkan sebutan semula kes Zamani pada 10 April ini. – MYNEWSHUB. CC

https://www.youtube.com/watch?v=tPKF-zlVlHI

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori