AWAS! Adik-adik, sila berhati-hati dengan melihat dan memeriksa bawah meja sebelum memulakan sesi pembelajaran di sekolah ok…
Murid di sebuah sekolah yang terletak di Kedah, digemparkan dengan penemuan objek yang seakan kayu di bawah meja yang rupanya adalah seekor ular.
Kejadian yang dirakam di Sekolah Kebangsaan Permatang Tok Dik, Padang Serai itu mengejutkan ramai dan mencetuskan kerisauan  apabila ianya dikongsi di laman sosial.
Namun, mujurlah kehadiran ular tersebut disedari oleh pihak sekolah sebelum sebarang kejadian tidak diingini.
Menurut sumber, tiada murid yang dilaporkan dipatuk ular berbisa tersebut.
Dipercayai ular berkenaan menyorok di bawah meja ekoran sifatnya yang gemar dengan tempat yang gelap dan lembab.
Apa pun, kewujudan haiwan reptilia yang mampu bertindak ganas dan mungkin berbisa ini memang digeruni sesiapa sahaja.
Iyelah, bayangkan jika ular ini tiba-tiba keluar dan berdiri untuk mematuk mangsanya? S
Seram! – MYNEWSHUB.CC