Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Negara Aman, Makmur Kerana...

PADANG BESAR - Pengorbanan anggota tentera sehingga membolehkan negara mengecap keamanan dan kemakmuran...

ROMPAK: Pekerja Stesen Minyak...

LUKUT – Seorang pekerja stesen minyak di Springhill cedera parah selepas ditetak berkali-kali...

Lebih 600 Premis Di...

KOTA KINABALU - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia(JBPM) Sabah telah mengenal pasti lebih...

Gagasan Rakyat Terima Kemasukan...

KOTA KINABALU: Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Datuk Seri Hajiji Noor...

Gangguan Seksual: Bekas Wartawan Hiburan Saman Ex-Bos

BEKAS wartawan hiburan saluran televisyen CBS, Kenneth Lombardi telah menyaman CBS dan dua bekas majikannya dengan dakwaan dirinya mengalami gangguan seksual daripada defendan.

Dalam saman yang difailkan di Mahkamah Persekutuan Manhattan itu, Kenneth mendakwa penerbit, Duane Tollison mencium leher dan meraba bahagian kemaluannya semasa meraikan satu parti di pejabat mereka pada 2013.

Menurut New York Post, dalam saman itu menyebut, Duane telah memasukkan tangannya ke dalam seluar Kenneth dan meraba bahagian kemaluannya.

duane
Duane Tollison

Sehari selepas kejadian itu, Duane dikatakan memberi memo pesanan kepada Kenneth yang berbunyi, “Saya minta maaf sekiranya apa yang saya buat semalam melampaui batas. Saya suka buat perkara-perkara liar. Jika awak tidak tersinggung, jom kita buat lagi. LOL (sign for laughs).”

Sementara itu dalam kes kedua, Kenneth mendakwa turut dicabul oleh editor berita petang CBS, Albert Colley pada Mei 2014.

Dalam dakwaannya, Kenneth mengatakan Albert telah menghantar pesanan mesej kepadanya yang memberi link kepada laman web lucah, mencium serta meraba kakinya.


albert
Albert Colley

Selepas insiden itu, Kenneth mengakui dia berasa sedikit trauma untuk ke tempat kerja berikutan gangguan seksual daripada dua majikannya itu.

Kenneth juga mendedahkan dia telah dipaksa untuk meletakkan jawatan pada November lalu.

Sementara itu wakil CBS Annie Rohrs berkata, “Kami sangat mengambil berat mengenai aduan salah laku pekerja tapi kami percaya tuduhan Kenneth tidak berasas dan kami akan melawan kes ini di mahkamah.”

– MYNEWSHUB.CC

Oleh:  JULIANA JOHAR

  • Lagi berita berkaitan:
  • cbs

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori