SIAPA yang tidak kenal dengan penyanyi diva Beyonce..
Kita tahu tidak mudah untuk menjadi seperti Beyonce yang boleh dikatakan memang irreplaceable kehebatannya.
Tapi rupa-rupanya, walaupun bukan Beyonce tetapi memiliki nama sepertinya juga merupakan sesuatu yang sukar!
Menerusi Facebook Human of New York (HONY), seorang gadis bernama Beyonce merungut tentang perkara ini, membuat status yang dimuat naik olehnya pada 5 April lalu dihujani dengan komen-komen positif untuk memberi sokongan kepadanya.
“Kadang-kadang saya benci dengan nama saya kerana ianya sering memberi saya perhatian,” Beyonce beritahu jurugambar HONY, Brandon Stanton.
“Saya juga bukan orang yang suka bersosial,” ujarnya.
Tanpa disangka, pengakuan Beyonce itu membuatkan ruangan komen turut dipenuhi dengan pengakuan individu lain yang secara kebetulan memiliki nama sama seperti artis terkenal lain. Antaranya Kaity Perry, Will Smith, Rhianna, Serena Williams, Julia Roberts dan banyak lagi.
Ada juga komen antara mereka ini sangat mencuit hati… antaranya Jane Bond!
Hasil perkongsian mereka telah mendapat perhatian media dan orang ramai kerana cerita yang unik dan tersendiri.
– MYNEWSHUB.CC
Oleh: SYFQAKHIR