TAIPEI – Seorang lelaki maut dan seorang lagi dimasukkan ke hospital semalam akibat kebakaran yang dicetuskan oleh satu gempa bumi kuat di luar perairan Taiwan.
Bencana itu menggegarkan banyak bangunan di ibu kota Taiwan di sini dan mencetuskan amaran tsunami untuk seketika di barat daya Jepun.
Pihak berkuasa Jepun memberi amaran gempa bermagnitud 6.6 itu boleh mencetuskan tsunami seÂÂtinggi enam meter di sekitar beberapa buah pulau di Okinawa tetapi amaran itu dibatalkan sejam kemudian selepas tiada ombak besar direkodkan.
Tiada kerosakan dilaporkan di Jepun tetapi sebuah bangunan apartmen empat tingkat di Bandar Baharu Taipei di sini terbakar selepas kotak fius elektrik di luar blok berkenaan meleÂÂtup semasa gempa berlaku.
“Seorang lelaki warga emas yang tinggal di dalam bangunan itu tidak menunjukkan tanda-tanda masih hidup,†kata pihak bomba.
Media tempatan meÂÂlaporkan seorang penghuni lain dimasukkan ke hospital kerana sesak nafas akibat kebakaran itu.
Selain itu, penghuni dan pekerja pejabat di sebuah bangunan di pusat bandar raya ini turut dipindahkan ekoran risiko kebocoran gas, manakala beberapa laporan menyebut terdapat sejumlah kenderaan terperangkap di tingkat bawah tanah bangunan berkenaan.
Menurut Jabatan Kajian Geologi Amerika Syarikat, gempa itu melanda pukul 9.43 pagi (waktu Malaysia) pada jarak 71 kilometer ke timur Hualien, Taiwan.
Jepun berada di kawasan gempa bumi dan merekodkan lebih 20 peratus daripada gempa paling kuat di Bumi pada setiap tahun. – AFP