Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

PSM Seru Pakatan Lancar...

KUALA LUMPUR - Parti Sosialis Malaysia (PSM) kesal kerana Pakatan Harapan masih belum...

Ibu Tergamak Bunuh Anak...

TURKI – Hanya kerana anak lelakinya mempunyai telinga yang besar, seorang wanita tergamak membunuh...

Kerajaan Pulihkan 182 Projek...

KUALA LUMPUR - Kerajaan telah memulihkan sehingga siap 182 projek perumahan swasta yang...

Permohonan Najib Isytihar 7...

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak gagal dalam...

Gempa Bumi Nepal: Michelle Yeoh, Tunang Selamat

BINTANG Hollywood kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh dan tunang Datuk Jean Todt yang dilaporkan terkandas di Nepal akibat gempa bumi yang berlaku telah selamat kembali ke Perancis.

Menurut laporan Mingpao News,  pasangan itu berada di Nepal bagi menghadiri Kongres Sukan Serantau Asia Pasifik Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) ketika gempa bumi berlaku pada Sabtu.

Ibu Michelle, Datin Janet Yeoh memaklumkan bahawa anak dan bakal menantunya selamat daripada bencana alam itu.

“Michelle menghubungi menantu saya selepas gempa bumi untuk meyakinkan kami bahawa dia selamat. Kami sangat lega dengan berita itu kerana kami tidak dapat menghubunginya ketika berita mengenai bencana itu disiarkan,” katanya.


Sementara itu, Todt yang merupakan presiden sukan permotoran dunia dan Michelle selaku duta keselamatan jalan raya berjaya dipindahkan dari negara itu dengan bantuan FIA.

Terdahulu, pasangan ini dilaporkan terkandas di lapangan terbang Kathmandu selepas kesemua penerbangan dibatalkan ekoran gempa bumi.

Dalam perkembangan lain, syarikat penerbangan Malaysia Airlines, AirAsia dan Malindo Air telah menyambung semula operasi sejak semalam. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori