KUALA LUMPUR – Gempa bumi sederhana berukuran 5.0 pada skala Richter melanda Sumatera Selatan, Indonesia pada 10.55 hari ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan memaklumkan pusat gempa ialah 127 kilometer tenggara Bengkulu, Indonesia dan 719 kilometer barat daya Pontian, Johor.
Gempa bumi itu tidak membawa ancaman tsunami, katanya. – BERNAMA