Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Polis Tahan Lelaki, Rampas...

NIBONG TEBAL - Polis menahan seorang lelaki dan merampas pelbagai dadah bernilai RM100,000...

Masjid, Surau Platform Terbaik...

JOHOR BAHRU - Masjid dan surau adalah platform terbaik untuk menyatupadukan ummah dan...

Beruang Pelik Di Kuching,...

Kuching - Beruang matahari yang fizikalnya agak pelik sehingga menarik perhatian ramai selepas...

Polis Kesan 40 Lelaki...

JOHOR BAHRU - Polis Johor sedang mengesan 40 lelaki bagi membantu siasatan berhubung...

Google Malaysia Digodam Oleh Hacker Bangladesh

HARI ini, salah satu perkara paling hangat diperkatakan adalah berkenaan laman Google Malaysia yang telah digodam.

Laman sesawang enjin carian tersebut telah digodam oleh kumpulan hacker dari Bangladesh dikenali sebagai TIGER-M@TE sekitar jam 11.40 pagi tadi.

Jika diikutkan, kumpulan terbabit pernah menggodam beberapa kali sebelum ini dan kegiatan mereka paling aktif direkodkan pada tahun 2012.

Pada pertengahan 2013, percubaan menggodam yang seakan sama turut dilakukan oleh mereka ke atas laman Google Malaysia.

Teknik godaman yang digunakan adalah DNS Hijacking, di mana pengguna akan dibawa kepada hos yang lain berbanding sepatutnya.

Perkara ini menyebabkan sesetengah pengguna terjejas untuk menggunakan perkhidmatan Google buat masa ini.

Sementara itu, laman Twitter dipenuhi reaksi daripada netizen yang berdepan masalah tersebut.

hack1

hack2


hack3

Melalui Facebook, ramai pengguna turut menyuarakan persoalan dan tidak kurang juga ada yang mengucapkan ‘tahniah’ kepada penggodam.

Setakat ini, Google Malaysia sudah boleh diakses seperti biasa sejak 12.30 tengahari hari ini namun dilaporkan masih terdapat sesetengah pengguna masih tidak dapat mengakses Google melalui enjin carian tertentu.

Buat masa ini, elakkan daripada menggunakan URL google.com.my dalam carian, sebaliknya terus menghala ke google.com.

– MYNEWSHUB.CC

P/S: Haa…jangan main-main dengan mat bangla, ada yang dok jaga pam minyak tu lagi tinggi kelayakan akademik daripada korang.

Oleh: hzqahmd

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori