Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

PAS Fokus Pengundi Cina...

SHAH ALAM - Hanya tinggal seminggu lagi tempoh berkempen untuk Pilihan Raya Kecil...

Ada Golongan Dipinggir Kerajaan

SHAH ALAM - Persatuan pengguna akui ada beberapa perkara dan golongan yang dipinggir...

Buruh Didakwa Bunuh Isteri

TAIPING - Seorang buruh dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas...

Serik Menunggu, Bimbang Terlewat,...

PORT DICKSON – Enggan menunggu lama untuk mengundi seperti yang dialami pada Pilihan...

GST Jadikan Persaingan Industri Automotif Lebih Sihat

KUALA LUMPUR – Pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) mulai semalam telah berjaya mewujudkan persaingan sihat bagi industri automotif negara selain menjadikannya lebih berdaya saing.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, ini terbukti apabila beberapa syarikat automotif mengambil langkah menurunkan harga kereta selaras pelaksanaan cukai baharu itu.

Antara syarikat yang menurunkan harga kenderaan serta alat ganti ini termasuk Proton Holdings Bhd, Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) serta Honda Malaysia Sdn Bhd.

“Inilah yang diharapkan dan langkah ini selaras jangkaan kerajaan apabila melaksanakan GST pada kadar enam peratus bagi menggantikan SST (Cukai Jualan dan Perkhidmatan) pada kadar 10 peratus,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Persidangan Halal Dunia 2015, di sini, hari ini.

Persidangan dua hari bertemakan ‘Ekonomi Halal:Penumpuan Yang Menguntungkan’ itu bermula semalam dan diadakan bersempena Sidang Kemuncak Halal Dunia sejak 30 Mac lepas.

Sementara itu, mengulas perkembangan industri halal negara, Mustapa berkata Malaysia telah menjalin perkongsian strategik atau ‘hab ke hab’ dengan Dubai di Emiriyah Arab Bersatu (UAE).

Inisiatif itu antara lainnya bertujuan memanfaatkan pembangunan kedua-dua negara sebagai hab ekonomi di rantau masing-masing.

Selain menjadi rakan dagang terbesar negara, Dubai merupakan destinasi penting kepada Malaysia berikutan kedudukan kota itu sebagai hab pelancongan, pelaburan dan perdagangan dalam Majlis Kerjasama Teluk (GCC).


“Kita akan bekerjasama untuk memastikan kita meraih faedah daripada kemajuan yang dicapai oleh Dubai. Kita juga mahu menarik syarikat Dubai untuk datang dan berniaga di Malaysia,” katanya.

Merujuk peranan Malaysia memajukan industri halal ASEAN, Mustapa berkata negara ini berminat mengadakan perbincangan dengan negara anggota ASEAN lain dalam usaha mempromosikan industri itu di rantau ini.

Malah segala asas yang mampu melonjakkan industri halal itu ada di rantau ini termasuk 300 juta penduduk beragama Islam, rantau kepada negara Islam terbesar iaitu Indonesia manakala Malaysia pula maju dalam industri perbankan dan kewangan.

“Kita patut memanfaatkan kesemua asas mantap ini dan menggerakkan pembangunan industri halal ini secara bersama sebagai anggota ASEAN,” katanya.

Diminta mengulas Sidang Kemuncak Halal Dunia itu yang bertemakan ‘Mempertingkatkan Pergerakan Halal Global,’ Mustapa berkata kementeriannya bercadang memperbanyakkan lagi segmen antarabangsa dalam persidangan itu bagi menarik lebih banyak peserta luar negara.

Penyertaan syarikat dari negara bukan Islam pada edisi tahun ini seperti Jepun, United Kingdom dan Belgium, turut disifatkannya berjaya mengiktiraf peranan Malaysia sebagai pusat dagangan halal dunia. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori