Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Syed Saddiq Ajak Calon...

MUAR - Calon Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mempelawa dua lagi...

Chandra Tekankan Kepentingan Tugas...

KUALA LUMPUR – Aktivis sosial dan penganalisis politik terkenal, Dr Chandra Muzaffar menekankan...

Cara Mudah Dan Jimatkan...

ZAMAN sekarang ni semua nak senang je kan. Jadi, kita akan kongsikan petua...

Kelantan Harap Kerajaan, Petronas...

KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan berharap wakil Petronas dan kerajaan persekutuan hadir ke...

GST: Peniaga Langgar Peraturan Didakwa Minggu Ini

PUTRAJAYA – Beberapa peniaga yang mengenakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) tanpa berdaftar dengan sistem percukaian itu dijangka didakwa di mahkamah minggu ini, kata Pengarah Bahagian GST Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Datuk T.Subromaniam.

Beliau berkata, sebanyak 13 kertas siasatan telah dibuka bagi kesalahan mengenakan GST atas perbekalan tanpa berdaftar dan semunya akan diserah kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP) minggu ini untuk siasatan lanjut.

“Kita serah semua kertas siasatan kepada DPP untuk dapatkan izin kelulusan bagi tentukan kes mana yang melanggar peraturan dan boleh didakwa di mahkamah.

“Kita (Kastam) tidak ada kuasa kerana kita hanya sebagai penguat kuasa. Kalau DPP rasakan ada kes (boleh dakwa di mahkamah) barulah akan beri keizinan, tapi ada sesetengah kertas siasatan mempunyai bukti yang cukup,” katanya dalam sidang media mengenai pelaksanaan GST di sini, hari ini.


Sidang media itu turut dihadiri Ketua Setiuasaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Alias Ahmad.

Menurut Subromaniam, kebanyakan kes yang disiasat itu membabitkan peniaga di sekitar Lembah Klang, Perak serta Johor dan antara perniagaan yang terlibat adalah restoran dan kedai runcit. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori