HENAN – Mengejutkan. Siapa sangka rupa-rupanya punca yang menyebabkan seorang budak perempuan muntah setiap kali makan adalah disebabkan segumpal rambut seberat 2 kilogram.
Gumpalan rambut yang turut mengandungi serat pakaian itu berada dalam perut budak tersebut, hingga menyebabkan badannya semakin kurus.
Budak itu dirujuk kepada doktor selepas dia muntah oleh ibu bapanya dan selepas x-ray dilakukan, doktor menemui objek dalam badan budak berkenaan, namun tidak mengetahui apakah benda terbabit.
Hanya selepas dirujuk kepada Dr Zhang Shufeng barulah dia mengetahui bahawa budak itu bukan sahaja suka mengunyah rambutnya, malah dia juga suka menggigit kuku dan bajunya.
Susulan itu satu pembedahan dijalankan dan bebola rambut itu berjaya dikeluarkan. Ia dipercayai terbentuk sejak beberapa tahun lalu.
Budak itu telah dibenarkan pulang ke rumahnya.
Menurut Dr. Zhang, budak itu dibesarkan dan ditinggalkan dengan neneknya disebabkan ibu bapanya bekerja, justeru kemungkinan besar situasi berkenaan menyebabkan dia tertekan lalu menelan objek terbabit.
– MYNEWSHUB.CC