Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Cadangan Bina Bangunan 4...

SEPANG - Bangunan setingkat Sekolah Kebangsaan (SK) Dengkil yang musnah dalam kebakaran Sabtu...

Pahang Pastikan Rezab Biosfera...

KUANTAN : Kerajaan negeri akan memastikan pengiktirafan Tasik Chini sebagai Rezab Biosfera (BR)...

Leher Dijerut Punca Kematian...

WANITA warga emas yang maut selepas dipukul dan dipijak di Kampung Pasir Panjang,...

Pandalela Gagal Ke Final...

KUALA LUMPUR - Ratu terjun negara, Pandelela Rinong mempamerkan aksi kurang menarik apabila...

Guna Stadium Sultan Mizan Gong Badak Ditetapkan 7 Mei Ini

KUALA NERUS – Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memberi jaminan keputusan penuh bagi menggunakan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Kompleks Sukan Gong Badak bakal diketahui 7 Mei ini.

Anggota Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM, Dali Wahid berkata pihaknya akan menyerahkan hasil penilaian tersebut kepada Jawatankuasa Pertandingan Tempatan bagi mengadakan mesyuarat untuk membentangkan keputusan pemeriksaan yang telah dijalankan.

Katanya menerusi penilaian yang dilakukan, stadium itu kini 90 peratus bersedia untuk menjadi tuan rumah saingan Liga Malaysia musim ini.

“Apa yang pasti, kami akan adakan mesyuarat berhubung perkara ini terlebih dahulu dan kami yakin pada 7 Mei nanti, keputusan bakal diperoleh sama ada stadium di Gong Badak itu boleh digunakan atau sebaliknya.

“Secara fizikalnya, kesemua elemen termasuk kelengkapan, pencahayaan, bilik persalinan pemain semuanya berada dalam keadaan baik dan bersedia untuk diguna,” katanya kepada pemberita selepas melakukan penilaian di stadium tersebut hari ini.

Dali berkata pencahayaan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin juga melepasi paras yang dikehendaki badan induk bola sepak negara iaitu mencecah 1,700 Lux.

Jelasnya jika tiada halangan stadium tersebut dapat digunakan pada perlawanan separuh akhir kedua Piala FA 2015 antara Terengganu menentang Lions XII pada 16 Mei ini.


Sementara itu, Setiausaha Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) Arpin Draman berkata pihaknya menjangkakan sambutan perlawanan separuh akhir Piala FA itu nanti pastinya hangat kerana ia ditunggu-tunggu oleh peminat bola sepak bagi merasai menonton di stadium berkenaan.

Jika diberi lampu hijau oleh FAM kelak, pihak pengurusan akan menggunakan hanya tiga daripada lima tingkat stadium berikutan ia berkeadaan tidak berbumbung, katanya.

Bagaimanapun beliau berkata PBSNT memberi jaminan akan mengekalkan harga tiket RM15 seorang untuk semua tempat duduk di stadium tersebut.

Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang siap dibina pada tahun 2008 dengan kos kira-kira RM290 juta runtuh di bahagian bumbung pada Jun 2009 di tempat duduk utama.

Ia mampu menampung sehingga 35,000 penonton berbanding Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah yang cuma menampung 10,000 orang di mana ia digunakan sebagai laman sendiri bagi pasukan bola sepak Terengganu dan pasukan berstatus kelab T-Team untuk sebarang saingan bola sepak Liga Malaysia di negeri ini. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori