Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Blok Wanita, Kanak-Kanak HTAA...

KUANTAN : Blok wanita dan kanak-kanak Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini...

Zahiril Adzim Berhajat Tunai...

SELEPAS menunaikan umrah bersama isteri dan anaknya, pelakon Zahiril Adzim berkata dia kini...

Dari Suami Jadi Mak...

NIAT nak cantik, tapi rupa-rupanya pembedahan plastik yang dilakukan oleh maknyah ini menyebabkan...

Harapan Malaysia Mara Ke...

KUALA LUMPUR -Ā Harapan skuad bola sepak kebangsaan Bawah 15 TahunĀ untuk keĀ final pada Kejohanan...

Teruk Dikecam, KWSP Tanya Pandangan Pencarum

KUALA LUMPUR – Selepas dikecam teruk ramai pihak, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan akan mengambil kira pandangan pencarum berhubung rancangan menaikkan had umur bagi pengeluaran penuh KWSP.

KWSP dalam satu kenyataan media memberitahu, KWSP akan memulakan program bersama pihak berkepentingan terutama ahli KWSP pada 20 April ini bagi mendapatkan pandangan mereka.

“KWSP akan memastikan segala pindaan atau keputusan dibuat mengambil kira kepentingan ahli dan hanya selepas berunding dengan semua pihak berkepentingan utama. KWSP menyambut baik penyertaan ahli dalam proses ini,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, orang ramai boleh mendapatkan maklumat mengenai cadangan dan pilihan di laman web www.kwsp.gov.my mulai 20 April 2015.

Kata kenyataan itu, ahli KWSP boleh memberikan pandangan dan komen berkaitan cadangan dan pilihan itu melalui i-Akaun pada keesokan hari.

*Ahli boleh berkunjung ke cawangan KWSP berdekatan atau hubungi 03-8922 6000 untuk mendapatkan maklumat lanjut dan bantuan bagi tujuan pendaftaran i-Akaun,” kata kenyataan itu.


KWSP sebelum ini mengumumkan cadangan untuk menghadkan pengeluaran penuh KWSP pada usia 60 tahun kerana kajian mendapati kebanyakan ahli menghabiskan wang simpanan mereka hanya dalam tempoh lima tahun selepas ia dikeluarkan.

Cadangan itu bagaimanapun mendapat bantahan ramai pihak termasuk orang awam, ahli akademik, badan bukan kerajaan (NGO) serta ahli politik kerana menganggap langkah tersebut tidak relevan dan menganiaya pencarum.

– MYNEWSHUB.CC

  • Lagi berita berkaitan:
  • KWSP

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori