Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

Seleweng RM107 Juta, Khairy...

PUTRAJAYA - Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin hari ini mengesahkan pegawai kementeriannya...

Hotel Seri Pacific Agih...

BERSEMPENA bulan Ramadan yang mulia, Hotel Seri Pacific mengambil kesempatan untuk meneruskan program...

MP Julau, Keluarga Tahanan...

AHLI Parlimen Julau, Larry Sng Wei Shien dijadual berlepas ke Kemboja pada Rabu...

Remaja Perempuan Maut Kepala...

KUALA LUMPUR - Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun maut apabila kepalanya tersangkut...

Hafiz Hamidun Kurang Setuju Garis Panduan JAKIM

PENYANYI nasyid terkenal, Hafiz Hamidun berpendapat bahawa dia kurang bersetuju dengan garis panduan yang ditetapkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berkenaan pengasingan di antara lelaki dan perempuan dalam acara hiburan.

Menurutnya, banyak perkara yang perlu diambil kira kerana ianya melibatkan banyak pihak, seharusnya perkara sebegini perlu melalui proses percubaan terlebih dahulu sebelum dilaksanakan terus.

“Akan tetapi, ini tidak bermakna saya menentang atau tidak bersetuju 100 peratus, saya masih hormati dan percaya bahawa ada jalan penyelesaian berhubung dengan isu ini.

“Namun, saya sangat terbuka unutk menyertai mana-mana perbincangan seperti mana yang dimaklumkan kepada saya sebaik sahaja isu garis panduan ini mendapat perhatian,” jelas Hafiz.


Dia juga yakin bahawa masyarakat negara ini tahu membezakan perkara baik dan buruk serta mampu mengawal diri mereka ketika berhibur.

Hafiz juga menyatakan agama Islam sendiri tidak pernah menghalang umatnya unuk berhibur asalkan tidak melalaikan dan tahu batas-batas agama yang perlu dijaga.

– MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori