Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Tujuh Calon Tawar Diri...

PETALING JAYA : Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina...

Zarina Anjoulie Akui Sudah...

SEBELUM ini, memang ada desas-desus menyatakan pelakon kontroversi Zarina Anjoulie telah berpisah dengan...

TM Umum Gangguan Internet...

ANDA mungkin menyedari masalah kelembapan melayari Internet yang bagaikan 'kencing tak lawas' saja sejak...

Spender Biadap: Rani Kipidap...

KUALA LUMPUR - Australia perlu mohon maaf kepada Malaysia atas perlakuan biadap rakyatnya...

Hafreez Adam – Dulu Dicaci Kerana Serabai, Kini Digilai

MUNGKIN namanya tidak segah barisan pelakon lelaki seperti Aaron Aziz, Shaheizy Sam mahupun Zul Ariffin namun Hafreez Adam sedang mendaki puncak populariti.

Buktinya Hafreez berjaya merangkul gelaran Artis Baru Lelaki Popular, menewaskan nama-nama seperti Hisyam Hamid, Syarul Ridzwan dan Syukri Yahaya di majlis Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 2014) yang diadakan dua minggu lalu.

2015-04-10 02.32.29 1

Namun di sebalik sanjungan yang diterima, tersimpan seribu satu kisah silam yang pasti mengejutkan ramai. Siapa sangka, empunya diri Hafreez Adam kini jauh berbeza dari beberapa tahun lalu.

Melalui entri-entri yang dimuat naik di laman blog peribadinya Stories About Life, peminat dapat menelusuri perjalanan hidup Hafreez yang pernah dicerca dan dipinggirkan hanya kerana penampilan selekeh dan mempunyai masalah kulit berjerawat.

Melalui satu posting bertajuk Haf.My.Story.Part.1: The Beauty in Ugly, pelakon drama Hati Perempuan itu mendedahkan sisi gelap hidupnya yang terpaksa berkurung di dalam rumah kerana tidak yakin untuk berhadapan masyarakat.

Kredit foto dari laman blog peribadi Hafreez Adam
Kredit foto dari laman blog peribadi Hafreez Adam

Tulisnya, “Saya mempunyai kulit yang bermasalah. Dipenuhi jerawat, hampir di seluruh muka. Ia sangat teruk. Saya hanya berkurung dalam rumah hampir setiap detik. Saya jarang keluar dan menghabiskan masa bersama rakan-rakan. Saya hanya bersendirian. Saya tak selesa dengan keadaan kulit saya.”

Dedahnya lagi, akibat dari situasi tersebut dia dihina sehingga ada individu yang membandingkan keadaan kulitnya dengan punggung!

Kredit foto dari laman blog Hafreez Adam
Kredit foto dari laman blog peribadi Hafreez Adam

“Ia sangat teruk. Semua orang memandang. Sehinggakan bapa saya sendiri hampir menumbuk saya hanya kerana menghadapi masalah kulit. Saya tak minta jadi begini.

“Rakan pernah berkata kepada saya, “Punggung saya lebih cantik dari wajah awak.” Ya, betul-betul di hadapan saya!

“Sakit bhai, gila terasa hina bila orang samakan muka aku dengan punggung dia,” luah Hafreez.

Namun demikian, keadaan tersebut perlahan-lahan berubah apabila Hafreez berjaya mengatasi masalah kulit yang dihadapinya.

hafreez-adam-10


Ya, dia kini bukan sahaja insan yang berubah secara fizikal namun tidak lagi malu untuk berhadapan dengan masyarakat.

“But that was back then. 5 years has passed. Aku bukan lagi mangsa cacian. Bukanlah mengatakan diri ini cukup kacak, HOT atau pun sempurna. Jauh. Terlalu jauh dari semua itu.

“Tapi aku sedar, aku bukan di tempat dulu. I’ve changed. Physically, mentally and emotionally.

“But what happened to me years back had got me thinking. Berfikir secara matang. Untuk lebih menghargai kita sesama manusia tanpa menilai rupa seseorang individu itu.

“Dan hidup bukanlah satu kisah dongeng. Tapi, tiada apa yang mustahil. Dulu, aku sering diperli dan dikutuk oleh rakan-rakan. Iyalah. Siapalah aku? Sekadar budak “nerd” yang penuh jerawat di muka.

“Bila aku ambil gambar pun ditertawakan. Aku menyimpan angan-angan untuk menjadi “photographer” bebas dahulu. Kerana sedar, wajah aku tidak layak untuk berada di hadapan kamera.

“Tetapi Alhamdulillah kini they want this face to be in front of the camera. Kuasa Allah.”

Tahniah Hafreez Adam. Situasi tersebut sepatutnya dijadikan contoh buat masyarakat di luar sana untuk tidak meletakkan persepsi hanya pada fizikal seseorang sahaja.

Setiap apa yang berlaku pastinya mempunyai hikmah dan pengalaman masa lampau merupakan satu pengajaran yang mampu membentuk diri seseorang di masa hadapannya.

Tahniah untuk Hafreez Adam kerana berjaya memberi inspirasi dan semoga kekal merendah diri.

– MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori