Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

JBPM Kedah Keluar 200...

ALOR SETAR - Sebanyak 200 notis pelbagai kesalahan berkaitan aspek keselamatan kebakaran telah...

Democratic Islamic Party (DIP)...

BUNYINYA hampir kedengaran seperti Democratic Action Party (DAP) iaitu parti sekutunya dalam gabungan...

Proton Akan Buka Tempahan...

SHAH ALAM - Proton Holdings Bhd (Proton) akan mula membuka tempahan bagi model...

Konsert Search 35 Tahun...

Kuala Lumpur - Konsert Search 35 Tahun yang bakal diadakan di Stadium Merdeka,...

Hairul Dengar Nasihat Ibu Bapa, Tak Kerap Jumpa Hanis

PELAKON Hairul Azreen sekarang mula mengurangkan aktiviti keluar serta berjumpa dengan Hanis Zalikha atas nasihat kedua orang tuanya.

Menurutnya nasihat ibu bapa mesti dipatuhi kerana mereka lebih berpengalaman dan tahu mengenai kehidupan sebelum berkahwin.

Bagi Hairul, benda baik tidak salah untuk dipatuhi demi kebaikan pada masa hadapan.

“Bukanlah tidak berjumpa langsung cuma aktiviti berjumpa dan keluar bersama itu dikurangkan.

“Baru-baru ini kami keluar menonton filem Fast & Furious, itu pun pulang sebelum pukul 8,” katanya kepada sebuah portal online semalam.

Hairul menyatakan dia sudah kenal dengan Hanis sejak zaman Myspace lagi, ketika itu mereka berdua masih di alam persekolahan namun mula rapat selepas sama-sama menceburi bidang hiburan.


Hairul yang ditemui semasa majlis ulang tahun ke-30 Media Hiburan turut memberitahu persiapan perkahwinannya dengan Hanis sudah siap 80 peratus dan ini sedikit sebanyak melegakan hati mereka.

– MYNEWSHUB.CC

 

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori