Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Segera Lapor JTK Jika...

KUALA LUMPUR : Pekerja kontrak perkhidmatan kerajaan, terutamanya pekerja pembersihan dan pengawal keselamatan...

Zoraya Hos Kacukan Sepanyol,...

BUAT penonton setia rancangan The Truth: Islam In Al-Andalus, pasti anda mengenali gerangan...

Seleweng RM15 Juta: SPRM...

PETALING JAYA - Seorang jeneral bersara yang juga pengerusi sebuah bank berkaitan kerajaan...

Saksi Akui Minat Jadi...

KUALA LUMPUR - Datuk Amhari Efendi Nazaruddin semenangnya berhasrat untuk bekerja dengan bekas...

“Haram, Berdosa Undi Calon Tolak Hudud”

PULAU PINANG – Pas Kawasan Permatang Pauh menegaskan, mengundi calon yang menolak pelaksanaan hukum hudud merupakan sesuatu haram dan berdosa memandangkan Islam mencakupi seluruh perkara dalam kehidupan termasuk dalam soal politik dan memilih pemimpin.

“Ketua Urusan Ulamanya, Badrul Abdul Rahman berkata, umat Islam yang mempelajari asas agama akan memahami bahawa hudud adalah syariat Allah SWT dan yang wajib dilaksanakan ke atas umat Islam.

“Membantah dan mempertikaikannya akan merosakkan akidah umat Islam,” katanya seperti dipetik menerusi laman sosial Facebook Dewan Pemuda Pas Kawasan Permatang Pauh hari ini.

Kenyataan Badrul itu adalah rentetan keputusan Pas kawasan itu yang mendesak Parti Keadilan Rakyat (PKR) memohon maaf dan menarik balik keputusan tidak menyokong rang undang-undang hudud seperti dibentangkan Pas di Kelantan baru-baru ini.

Pas kawasan itu yang mengadakan mesyuarat agung pada 19 April lalu mencapai persetujuan supaya PKR berbuat demikian segera sekiranya mahu jentera mereka membantu kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh.

Dalam pada itu, Badrul sekali lagi menegaskan, gesaan Pas kawasan itu yang mahu PKR memohon maaf atas kenyataan yang tidak menyokong hudud bukan pendirian peribadi Yang Dipertua Pas kawasan berkenaan iaitu Omar Hassan.


Sebaliknya kata beliau, perkara itu merupakan usul yang dibawa Dewan Pemuda Pas kawasan tersebut yang diterima sebulat suara dengan bahas dalam mesyuarat agung berkenaan.

Tambahnya, pembangkang be­risiko kehilangan undi ahli Pas dan pengundi atas pagar kerana Permatang Pauh adalah bumi yang subur dengan kuliah pengajian dan penduduknya juga kuat fahaman agama.

“Ini adalah luahan ahli dan pengundi atas pagar yang ditemui dalam beberapa siri turun padang oleh Pas kawasan dan cawangan,” katanya.

– UTUSAN ONLINE

https://www.youtube.com/watch?v=ffu5YCEMo94

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori