Monday, January 13, 2025

Creating liberating content

Dadah RM8.5 Juta Didalangi...

KUALA LUMPUR - Polis berjaya menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah apabila menahan enam...

5 Ditahan Terbabit Pergaduhan,...

Georgetown : Lima lelaki ditahan kerana disyaki terbabit dengan pergaduhan dalam kejadian di...

Comet: Peranti Pintar Yang...

JENAMA peranti pintar yang dinobatkan sebagai 'lagenda tahan lasak' dari kebanyakkan orang ramai...

Bayi Perempuan 7 Minggu...

BANDAR SERI JEMPOL - Seorang bayi perempuan berusia tujuh minggu maut, manakala ibu...

Hasutan PSM Yang Melampau – Nak Pacak Bendera Pembebasan!

KUALA LUMPUR – “Pada hari bersejarah ini, marilah kaum pekerja bersatu beramai-ramai pada 1 Mei ini untuk malaungkan bahawa kita sedia melawan kaum penindas kaum kapitalis dan bonekanya UMNO/BN serta mencacakkan bendera pembebasan di bumi Malaysia”.

Itu antara ayat seruan melampau Parti Sosialis Malaysia (PSM) bagi menghasut orang ramai menyertai perhimpunan membantah pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) anjuran parti pembangkang di ibu negara esok.

Dakwa PSM, pelaksanaan GST adalah satu konspirasi oleh kaum pemilik kapital negara yang menjadikan pemerintah sebagai boneka dan segala polisi ekonomi dan politik digubal hanya untuk menguntungkan mereka yang maha kaya.

“Kita sedar akan pertentangan ini tetapi satu persoalan yang sama penting juga adalah siapakah yang akan membantu kita memperjuangkan dan melawan penindasan ini,” kata PSM dalam satu kenyataan hari ini.


Pembangkang merancang untuk mengadakan perhimpunan haram di ibu negara esok bagi membantah pelaksanaan GST oleh kerajaan sejak 1 April lalu.

Pembangkang turut bersikap berdegil mahu menganjurkan demonstrasi jalanan bagi membuat bantahan itu walaupun pihak polis memberi alternatif kepada mereka untuk berbuat demikian di Padang Merbuk di sini. – MYNEWSHUB.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori