WASHINGTON – Seorang aktivis anti-rasuah mendaratkan helikopter mininya di laman US Capitol selepas terbang melalui zon larangan terbang Washington, sekali gus mencetuskan situasi cemas berhubung keselamatan negara, mengejutkan pelancong dan memulakan siasatan polis.
Pentadbiran Penerbangan Kebangsaan (FAA) menyatakan ia sedang menyiasat insiden itu dengan pihak berkuasa lain. Menurutnya, juruterbang helikopter itu tidak berkomunikasi dengan pengawal trafik udara.
“FAA tidak membenarkan beliau memasuki ruang udara yang dilarang,” menurut agensi itu dalam satu kenyataan.
Menurut Polis US Capitol, juruterbang terbabit sudah ditahan. Menurut laporan Tampa Bay Times, juruterbang berkenaan adalah seorang lelaki dari Florida yang menunjuk perasaan mendesak reformasi kewangan.
Akhbar berkenaan menemubual lelaki itu sebelum beliau menerbangkan helikopternya. Ruang udara di sekitar mercu tanda Washington, termasuk White House dan The Capitol yang menempatkan Kongres AS, adalah ditutup.
Skuad bom memeriksa helikopter mini itu tetapi tidak menemui sebarang bahan merbahaya.
Pihak berkuasa dilaporkan mengarahkan bangunan itu dikunci sementara biarpun tiada arahan pengosongan.
Perdana Menteri Iraq, Haider al-Abadi berada di The Capitol pada masa itu untuk mesyuarat bersama Senator AS. – AFP
https://youtu.be/1Fr_YWy6x0c