Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Polis Selamatkan 3 Remaja...

Polis menyelamatkan tiga remaja perempuan berusia 13 hingga 15 tahun, dipercayai menjadi mangsa...

Melacurkan Diri: Ibu Tunggal...

KUALA TERENGGANU - Seorang ibu tunggal berumur 30 tahun dijatuhkan hukuman enam sebatan...

Vaksin Spikevax Covid-19 Dilulus...

PUTRAJAYA: Vaksin Spikevax keluaran Rovi Pharma Industrial Services, Sepanyol diberi kelulusan bersyarat kepada...

Piala Malaysia: Kedah Cuti...

PETALING JAYA - Imbuhan wang tunai berjumlah RM25,000 setiap seorang menanti pemain Kedah...

Helikopter Terhempas: ‘Inilah Takdir’ – Wan Kadri

ROMPIN – Seminggu selepas terselamat dari nahas helikopter yang meragut enam nyawa, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Ibam, Datuk Wan Kadri Wan Mahusain kelihatan lebih tenang.

“Hidup mesti diteruskan. Ini apa yang kita panggil takdir,” kata Wan Kadri, 50, merujuk kepada tragedi itu.

Pada Sabtu lalu, beliau sempat minum teh dengan Tan Sri Jamaluddin Jarjis di sebuah hotel di Pekan, Pahang selepas menghadiri majlis perkahwinan anak perempuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pada pukul 3 petang, beliau berkata mereka berada di SM Sains Pekan untuk berlepas ke Muadzam Shah.

Duduk di sebelah juruterbang dalam helikopter tujuh tempat duduk itu kelihatan seorang wanita yang tidak dikenali Wan Kadri.

“Tan Sri duduk di belakang mereka. Bersebelahan beliau adalah Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri Datuk Azlin Alias.

Saya duduk di kerusi belakang mereka bersama dengan ahli perniagaan Datuk Tan Huat Seang dan Razkan Seran (pengawal peribadi Jamaluddin),” katanya sambil mengimbas kembali detik-detik akhir menaiki helikopter tersebut.

“Tiada banyak perbualan semasa penerbangan itu tetapi saya masih ingat terdengar Jamaluddin bercakap mengenai rancangannya untuk membina rumah mampu milik untuk golongan belia di Muadzam Shah.

“20 minit kemudian, mereka mendarat di kawasan perindustrian di Muadzam Shah untuk meninjau lokasi tapak selama lima minit.

“Kemudian kami menuju ke Bandar Tun Razak untuk urusan rasmi lain. Namun, dalam masa beberapa minit selepas helikopter berlepas, kami menyedari cuaca buruk.


“Jadi Tan Sri memberitahu juruterbang untuk terus terbang ke The Mines di Kuala lumpur. Saya beritahu beliau tidak boleh ikut serta ke Kuala Lumpur kerana ada urusan yang perlu diselesaikan. Dia bersetuju dan menurunkan saya. Jadi saya meminta untuk diturunkan di sekitar kawasan Kota Bahagian,” katanya.

Juruterbang itu menurunkan Wan Kadri di sebuah padang di Kota Bahagian kira-kira 3.50 petang dan beliau menghubungi seseorang untuk menjemputnya di bandar Muadzam Shah yang terletak 25 kilometer dari Kota Bahagian.

“Kira-kira pukul 5.10 petang, seorang kakitangan Tan Sri datang berjumpa saya dan memaklumkan bahawa Tan Sri tak sampai di Mines seperti dijadualkan.

“Saya menghubungi Tan Sri. Tiada bunyi deringan telefon. Saya menghubungi Raska, juga tiada bunyi deringan telefon. Kemudian saya hubungi Datuk Tan dan ianya berdering tetapi tidak berjawab,” katanya.

Sebaik sahaja terdengar berita awal mengenai tiga mayat telah ditemui, Wan Kadri berkata beliau berdoa agar Tan Sri berada dalam keadaan selamat.

Kira-kira pukul 7 malam, seorang kakitangan Jamaluddin memberitahunya: “Tok, boss dah tak ada.”

Wan Kadri berkata beliau enggan terlalu memikirkan mengenai dirinya yang bernasib baik.

“Saya perlu kuat. Saya perlu menyelesaikan urusan yang belum selesai dan memikirkan apa yang perlu dilakukan seterusnya,” katanya. – The Star Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori