Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Warisan Fail Petisyen Cabar...

KOTA KINABALU - Parti Warisan Sabah (Warisan) memfailkan petisyen pilihan raya di mahkamah...

Haiwan Peliharaan Individu Positif...

KUALA LUMPUR - Haiwan peliharaan milik individu yang disahkan positif koronavirus (Covid-19) perlu...

Kejohanan Remaja Dunia ISAF...

LANGKAWI - Kejohanan Layar Remaja Dunia Persekutuan Pelayaran Antarabangsa (ISAF) yang bermula Selasa...

Prayut Diberi Sambutan Rasmi...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Thailand, Jeneral Prayut Chan-o-cha yang tiba di sini untuk...

HFMD: SJKC Chien Chi Giat Langkah Pencegahan

JOHOR BAHRU – Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chien Chi, Plentong, di sini, menggiatkan langkah pencegahan selepas seorang daripada muridnya meninggal dunia manakala 12 lain dikesan mempunyai gejala penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD).

Guru Besarnya Peh Hun Kee berkata langkah pencegahan termasuk pembersihan bilik darjah, tandas dan kantin dilakukan dengan bantuan badan bukan kerajaan sejak dua hari lepas.

“Sekolah ini mempunyai 2,300 murid dan kami ada mengarahkan mereka supaya mengambil langkah penjagaan kebersihan seperti mencuci tangan,” katanya kepada pemberita di sekolah berkenaan, hari ini.

Peh berkata pihaknya ketika ini masih menunggu laporan daripada Jabatan Kesihatan dan berharap semua pihak supaya tidak panik dengan kejadian itu.

Beliau berkata kira-kira 96 peratus murid menghadiri sesi persekolahan semalam dan diharapkan ibu bapa membenarkan anak mereka bersekolah seperti biasa.

“Anggota Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sudah dimaklumkan mengenai kejadian ini dan kami juga akan berhubungan dengan keluarga 12 murid berkenaan bagi mengetahui perkembangan mereka,” katanya.

Sementara itu, Ketua Masyarakat Kampung Baru Plentong Chan San San berkata operasi pembersihan seluruh sekolah secara bersar-besaran akan dilakukan Sabtu ini dengan melibatkan para sukarelawan.


Chan berkata kesemua mereka termasuk sukarelawan bomba, sukarelawan pusat pemulihan akhlak dan Skuad Bantuan Bencana (CRSM) MCA.

Jumaat lepas, seorang murid perempuan tahun satu sekolah berkenaan dilaporkan meninggal dunia yang dipercayai berkemungkinan disebabkan HFMD.

Pengarah Kesihatan Johor Datuk Dr Mohd Khairy Yakub memaklumkan ujian darahnya sudah diambil untuk kajian beberapa virus termasuk yang menyebabkan penyakit itu dan setakat ini kematian itu disahkan akibat kejutan septik dengan kegagalan beberapa organ dalaman.

Semalam, saringan yang dilakukan terhadap 252 murid pula mendapati 12 daripada mereka mengalami gejala penyakit berkenaan dan masih tidak bersekolah hari ini. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori