Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Haram Jual Beli Emas...

Saya ingin bertanya adakah dibenarkan untuk membeli emas dengan cara hutang? Maksudnya emas tersebut saya ambil dan pakai dahulu, kemudian baru buat pembayaran.

Bangunan Tertinggi Di Perak...

IPOH - Perak amnya dan Ipoh khususnya, bakal mempunyai mercu tanda baharu apabila...

FAM Minta FMLLP Tangguh...

KUALA LUMPUR – Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) meminta agar Football Malaysia Limited Liability...

Hindarilah Rasuah Dan Perpecahan...

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia perlu menghindarkan amalan rasuah dan perpecahan perpaduan yang...

Hidu ‘Bau Ketakutan’ Zaman Penaklukan Jepun

SINGAPURA – Jika anda pernah membayangkan bagaimana rasanya kehidupan dalam satu-satu era sejarah lama, anda kini bukan sahaja boleh melihatnya – tetapi juga menghidunya!

Muzium Negara Singapura baru-baru ini memperkenalkan elemen daya hidu dalam sebuah pameran terbaharu yang mengisahkan mengenai kehidupan masa lampau republik tersebut.

Terdapat 12 bau-bauan unik menerusi pameran yang diberi nama ‘Singapura: 700 Tahun‘ itu, dan setiap daripadanya mencerminkan satu-satu tempoh dalam sejarah Singapura.

Salah satu yang dapat perhatian ramai pelawat ialah bau khas gambaran ketakutan masyarakat masa kekejaman zaman penjajahan tentera Jepun pada Perang Dunia Kedua.

Stesen penyiaran tempatan, Channel NewsAsia melaporkan, ia merupakan bau yang amat tidak menyenangkan, yang terhasil daripada campuran tiga jenis bahan kimia.


Namun, haruman yang menggambarkan zaman moden Singapura kini, memberikan bauan lebih alami, seperti bau rumput untuk memaparkan Singapura sebagai bandar taman.

Kesemua bauan tersebut diletakkan dalam 12 botol berbeza dan ia menjalani lebih 50 kali ujian hasil ramuan pelbagai unsur bagi memberi haruman unik tersendiri.

Ia bersempena Jubli Emas kemerdekaan ke-50 tahun Singapura pada 9 Ogos ini dan bauan disediakan cukup kuat meskipun anda baharu makan petai, durian atau hisap rokok.

Pameran unik itu hasil kerjasama dengan artis bauan ternama antarabangsa, Prachi Saini Garg yang juga pengasas produk wangian terkenal , Jet’aime Perfumery. – Agensi/A.AMREE

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori