PENGANJUR perhimpunan Kita Lawan bagi yang diadakan bagi membantah pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) mendedahkan mereka akan tetap meneruskan himpunan itu sekalipun berlaku tangkapan pada hari tersebut.
Memetik Rakyat Post, sekretariat #KitaLawan berkata tidak kira hujan atau panas, mereka akan berkumpul untuk Himpunan 1 Mei 2015.
“Rakyat mempunyai hak untuk berhimpun secara aman dan untuk membantah GST.
“Ingatlah, kekuatan #KitaLawan tidak bergantung pada mana-mana individu tetapi semangat #KitaLawan lahir dalam setiap sanubari rakyat yang cintakan negara dan sedia melawan kezaliman dan penindasan,” katanya. – MYNEWSHUB.CC
Oleh: Daisy