Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Bunuh Suami OKU Demi...

KUALA LUMPUR - Seorang wanita sanggup merancang pembunuhan suaminya bagi mendapatkan harta lelaki...

Lima Kertas Siasatan Penipuan...

KUALA LUMPUR - Sebanyak lima kertas siasatan berkaitan penipuan pakej haji oleh tiga...

Betul Ke Pelajar Tajaan...

SERING kali kita mendengar, yang kononnya pelajar-pelajar di institusi pengajian tinggi (IPT) di...

PRU14: Mungkinkah Calon Wanita...

KOTA KINABALU - Trend penglibatan golongan wanita di negara ini dalam pentas politik...

Hoki: India Buat Kejutan Benam Australia 4-2

IPOH – India membuat kejutan terbesar pada kejohanan hoki Piala Sultan Azlan Shah Edisi ke-24 apabila menumpaskan juara bertahan, Australia 4-2, petang ini.

Kejayaan India itu sekali gus melenyapkan sebarang impian tuan rumah, Malaysia untuk sekurang-kurangnya mengintai peluang merebut tempat ketiga pada edisi kali ini. Sebaliknya, India yang akan membuat perhitungan untuk posisi berkenaan bertemu Korea Selatan, petang esok.

Pemain-pemain India menerima tepukan gemuruh dari peminat-peminat hoki setelah berjaya menewaskan Australia dengan jaringan 4-2 pada hari kelima Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah Ke-24 di Stadium Azlan Shah di sini hari ini. - Foto BERNAMA
Pemain-pemain India menerima tepukan gemuruh dari peminat-peminat hoki setelah berjaya menewaskan Australia dengan jaringan 4-2 pada hari kelima Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah Ke-24 di Stadium Azlan Shah di sini hari ini. – Foto BERNAMA

Apa pun, kekalahan ini tidak menjejas status Australia yang kekal pasukan teratas serta layak ke final untuk bertemu New Zealand.

India memang berhak untuk menang apabila berjaya meningkatkan permainan mereka untuk mencabar juara Piala dunia itu di setiap bahagian.


Kesungguhan skuad bimbingan, Paul Van Ass jelas terbayang apabila membuka jaringan melalui pakar pukulan sudut penalti, Ragunath Vokkaliga seawal minit pertama.

Bagaimanapun, Australia membalas melalui Daniel Beale pada minit ke-13 minit kemudian sebelum Chandanda Thimmaiah meletak juara Sukan Asia itu di hadapan pada minit ke-23 dan 32. Walaupun Australia merapatkan jurang melalui Matt Gohdes pada minit 53 tetapi Chandanda melengkapkan kemenangan India untuk jaringan hatriknya. – Berita Harian Online

  • Lagi berita berkaitan:
  • hoki

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori