Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Pendakwah Hina Wanita Otak...

RIYADH - Seorang pendakwah Arab Saudi dilarang menjalankan aktiviti agama selepas berkata wanita...

AFC Iktiraf Kehebatan Faisal

DOHA: Pemain sayap sensasi negara Mohamad Faisal Abdul Halim menjadi satu-satunya pemain Malaysia...

Busana DiRaja Permaisuri Agong...

KUALA LUMPUR - Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah...

Susun Semula Proton Boleh...

KUALA LUMPUR - Penyusunan semula Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (Proton) akan menyaksikan...

Hormati Keputusan Lembaga Pengampunan

JASIN – Semua pihak perlu menghormati keputusan Lembaga Pengampunan menolak petisyen pengampunan diraja yang dipohon Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata ia merupakan keputusan Yang di-Pertuan Agong berikutan rayuan dikemukakan oleh Anwar yang juga Anggota Parlimen Permatang Pauh.

“Telah diumumkan tadi, harus kita hormati dan apapun itu adalah kuasa Yang di-Pertuan Agong untuk membuat keputusan,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Terdahulu, beliau melancarkan Pelan Pembangunan POLYGreen Politeknik Malaysia iaitu sebuah pelan pelaksanaan dan hala tuju strategik bagi amalan teknologi hijau di politeknik seluruh negara di Politeknik Merlimau di sini.

Hari ini, Peguam Kanan Persekutuan Amarjeet Singh berkata Lembaga Pengampunan menolak petisyen pengampunan diraja yang dipohon Anwar melalui keluarganya.


Penasihat PKR itu kini menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Amarjeet Singh berkata Yang di-Pertuan Agong telah menolak permohonan Anwar dalam mesyuarat lembaga itu pada 16 Mac lalu. Oleh yang demikian, Anwar hilang kelayakan sebagai anggota Parlimen berdasarkan Perkara 48(4)(c) Perlembagaan Persekutuan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori