Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Dewan Negara Lulus RUU...

KUALA LUMPUR: Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Insolvensi (Pindaan) 2023...

Jenazah Wira Negara Selamat...

PORT DICKSON - Jenazah wira negara, Kapten Datuk (B) Hamid Awang, 68, selamat...

Gangguan Bekalan Air Hari...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 438,757 buah rumah di 75 kawasan di Petaling dan...

Empat Terlibat Curi Kereta...

SHAH ALAM - Polis Selangor menahan empat individu termasuk dua wanita kerana disyaki...

HTC One M9+ Bakal Memasuki Pasaran Malaysia

DESAS-DESUS mengenai HTC One M9 tidak memasuki pasaran Malaysia sememangnya benar.

Perkara ini telah disahkan sendiri oleh HTC Malaysia dan mereka sebaliknya membawakan HTC One M9 Plus sebagai peranti Flagship mereka untuk pasaran Malaysia.

One M9 telah diperkenalkan secara rasmi oleh pihak HTC ketika acara Mobile World Congress 2015 yang lepas, tetapi menerima reaksi berbeza daripada pengguna seluruh dunia.

htc2

htc3

Terutamanya kerana kualiti rakaman gambar yang agak kurang menarik berbanding beberapa peranti lain di pasaran.

Disamping itu, perbezaan yang minima daripada rekaan peranti berbanding One M8 juga tidak digemari ramai, walaupun rekaannya boleh dikategorikan agak cantik buat kami.


Menggantikan peranti tersebut di Malaysia adalah HTC One M9 Plus yang turut telah diperkenalkan oleh HTC baru-baru ini di China.

htc4

HTC One M9+ dijana menggunakan cip pemprosesan MediaTek Helio X10, skrin bersaiz 5.2-inci, memori 3GB RAM, kamera belakang 20-megapixel Duo Camera, serta kamera hadpaan 4-megapixel.

Peranti ini turut menggunakan bateri berkapasiti 2840mAh, serta dilengkapi sokongan 4G.

HTC Malaysia dijangka berkongsi lanjut mengenai harga penawaran peranti dalam masa terdekat ini. -MYNEWSHUB.CC

Oleh: hzqahmd

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori