BAJA CALIFORNIA, Mexico – Seorang ibu yang tidak berperi kemanusiaan di sini dihukum penjara selama 42 tahun kerana bersubahat merancang pembunuhan anak lelakinya untuk membalas dendam terhadap bapa anaknya itu.
Wanita berkenaan, Karina Luna Sandoval, 26, menuduh bekas kekasihnya, Miguel Beltran merosakkan kehidupannya selepas membuang dia dan anak mereka, Miguel Saul.
Justeru, dia berkomplot bersama kekasih baharunya, Gonzalo del Rio Hernandez, 23, agar kanak-kanak berusia tujuh tahun itu ditikam hingga mati sebagai hadiah pertukaran sempena hari lahir Beltran.
“Tiada hadiah yang lebih bermakna untuk diberi melainkan kematian anaknya, iaitu sesuatu yang tidak mungkin dia lupa,†kata Sandoval kepada Hernandez.
Pembunuhan itu berlaku apabila Sandoval meminta anaknya menunggu ketibaan bapanya di halaman rumah mereka sebelum dia ditikam oleh Hernandez dengan kapak ais pada 20 Disember lalu.
Paramedik yang tiba di tempat kejadian memberitahu, Saul menangis dan berkata: “Saya tidak mahu mati, saya mahu membesar dan menjadi seorang pemain bola sepak.â€Â
Bagaimanapun, Saul meninggal dunia dua minggu kemudian di sebuah hospital di Tijuana. Hernandez pula dihukum penjara 40 tahun.
– AGENSI