Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Rogol Adik: Mahkamah Rayuan...

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan di sini hari ini mengekalkan hukuman penjara 16 tahun...

Keputusan Perbicaraan MH17 Pukul...

AMSTERDAM : Waris mangsa tragedi MH17 mahu pesalah diekstradisi dan menerima hukuman setimpal,...

Mehmet Sedia Berdepan Cabaran...

KUALA LUMPUR – Ketua jurulatih ​​​​​​​Perak, Mehmet Durakovic ternyata berpuas hati dengan pencapaian...

Permata Kepada Genius, Apa...

SELEPAS pertukaran nama Klinik 1Malaysia kepada Klinik Komuniti hebat disindir wargamaya tahun lalu,...

Ibu Dihalau Hadiri Majlis Konvo Anak Akui Kesilapannya

SEORANG ibu pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam yang tidak dibenarkan masuk ke dewan konvokesyen anaknya mengakui kesilapan yang dibuatnya.

Marjorie Abdullah sebelum ini dikhabarkan dihalang masuk ke dewan konvokesyen anaknya, Nadia kerana pakaian yang dipakainya pada hari tersebut melanggar etika adat istiadat majlis konvokesyen institusi pengajian tinggi awam terbabit.

“Saya tidak merasakan pakaian saya tidak bersesuaian, tetapi saya memakai seluar pada majlis itu yang memang melanggar etika pemakaian universiti tersebut.

Tak Patuh Etika Pakaian, Ibu Dilarang Saksikan Anak Konvo

“Saya sangat terkejut dengan respon orang ramai di Facebook dan saya berasa sedikit kurang selesa dengan perkara tersebut,” katanya memetik The Star.

Menceritakan kejadian tersebut, Marjorie berkata dia hanya ingin berkongsikan pengalaman tersebut di laman Facebooknya.

Marjorie yang merupakan suri rumah tangga, mengakui dia sedikit kecewa dengan insiden yang berlaku terhadapnya itu.

“Saya cuba untuk memahami tetapi disebabkan saya tidak berapa fasih bahasa Melayu, jadi anak lelaki saya cuba menterjemahkannya untuk saya.

“Anak lelaki saya cuba untuk merayu kepada staf bertugas agar membenarkan saya masuk kerana saya baru sampai dari Sarawak tetapi mereka tetap tidak membenarkan saya masuk,” katanya yang merupakan seorang warganegara Ireland yang telah berkahwin dengan seorang pensyarah tempatan.


Dalam majlis itu, Marjorie memakai tudung, baju blaus lengan panjang, seluar dan sandal.

Kes Ibu Tak Dibenar Saksi Konvo Anak, Dr Sahol Pertahan Staf UiTM

“Pada masa itu memang saya rasa kecewa tetapi akhirnya saya menyedari saya buat silap dan tiada apa yang boleh saya buat pada ketika itu,” katanya.

Selepas dihalang masuk, Marjorie disarankan boleh menonton majlis konvo anaknya di luar dewan sehingga majlis berakhir, tetapi anaknya, Nadia enggan meneruskan majlis konvonya selepas mengetahui apa yang berlaku terhadap ibunya.

“Selepas kejadian itu, kami pergi ke restauran sushi berdekatan bagi meraikan kejayaan anak saya,” ujarnya lagi.

Ketika ditanya mengenai pendapatnya mengenai etika berpakaian tersebut, Marjorie mengatakan dia bersetuju dengan peraturan tersebut tetapi seharusnya perlu ada sedikit pertimbangan daripada pihak penganjur berhubung hal terbabit.

“Sebelum ini saya pernah menghadiri majlis graduasi universiti lain dengan memakai pakaian yang sama seperti itu. Saya memang tidak faham kenapa wanita tidak dibenarkan pakai seluar dalam majlis tersebut,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Oleh:  JULIANA JOHAR

  • Lagi berita berkaitan:
  • UiTM

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori