Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Ramai Penjawat Awam Masih...

KUALA LUMPUR - Hampir 95 peratus penjawat awam yang berusia bawah 30 tahun...

Kerajaan Patut Pajak Bukan...

KUALA LUMPUR - Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) menyifatkan tawaran pembelian tanah Kampung...

Penerima Sinovac Boleh Ambil...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memutuskan untuk melanjutkan pemberian dos penggalak...

Gadis Pelik Boleh Anggap...

MACAM-macam perangai pelik telah diketengahkan dalam media sosial sebelum ini, dan kali ini...

Ibu Pengawal Peribadi Jamaluddin Terkejut Berita Nahas

SUBARAH Jili, 69, ibu kepada pengawal peribadi Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis tidak dapat tidur sepanjang malam kerana terlalu sedih dan terkejut dengan tragedi helikopter terhempas yang mengorbankan kesemua penumpang termasuk anaknya, petang semalam.

Subarah berharap anaknya, Allahyarham Koperal Razkan Seran, 31, dapat dikebumikan di kampung mereka di Kampung Saradan, kira-kira 80 kilometer dari Kota Kinabalu.

Menurut laporan Berita Harian, kali terakhir beliau berbual dengan arwah melalui telefon ialah pada bulan lalu.

Kali terakhir mereka berjumpa pula adalah pada Disember tahun lepas.


Razkan meninggalkan seorang isteri dan seorang anak lelaki dan perempuan yang berusia 2 tahun dan 6 bulan.

Subarah menyifatkan anaknya itu seorang anak yang baik dan sentiasa mencari masa untuk pulang ke kampung jika berpeluang.

– MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori