Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Cadangan Mansuh Hukuman Mati...

ISKANDAR PUTERI - Cadangan untuk membawa pemansuhan hukuman mati ke Parlimen akan diputuskan...

Bilik Kosong Sekolah Jadi...

GOLONGAN remaja kini semakin berdepan dengan ancaman keruntuhan moral apabila semakin berani melakukan hubungan...

Sijil Vaksinasi Pintar Untuk...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan sedang merangka pengenalan khusus untuk mereka yang sudah...

Kerajaan Masih Kaji Kesesuaian...

KUALA LUMPUR - Kerajaan masih mengkaji kesesuaian untuk melaksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan...

Imigresen Tahan 563 Pati Di Terengganu Dalam Tempoh 4 Bulan

KUALA TERENGGANU – Seramai 563 pendatang asing tanpa izin (PATI) di Terengganu ditahan dalam tempoh empat bulan dalam operasi bersepadu yang dijalankan Jabatan Imigresen negeri.

Pengarah Imigresen negeri Wan Suhaini Muhamad berkata jabatan itu akan meneruskan operasi untuk mengesan dan mengusir PATI dari negeri ini terutama di kawasan industri dan perladangan.

“Seorang remaja (lelaki) antara 23 PATI yang ditahan dalam Ops Sapu dan Ops Belanja di sekitar bandar raya ini semalam,” katanya kepada pemberita di sini Jumaat.

Beliau berkata operasi lima jam itu membabitkan sebuah pasar raya, tapak pembinaan di kawasan perumahan dan bangunan kediaman dan mereka ditangkap kerana tidak memiliki permit kerja yang sah dan penyalahgunaan dokumen perjalanan.

Kesemua PATI yang ditahan berusia 14 hingga 46 tahun itu dibawa ke Depot Tahanan Imigresen Ajil untuk siasatan lanjut. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori