Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Polis Temui Kereta Kejadian...

JOHOR BAHRU - Polis menemui kereta BMW 520D yang dipercayai terlibat dalam kejadian...

RM600 Juta Untuk Perkasa...

KOTA KINABALU - Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) dan kerajaan negeri Sabah mengumumkan...

Polis Melaka Rampas 12...

MELAKA - Polis merampas 12 senjata api tiruan yang dijual dengan harga antara...

3 Jabatan Bawah KDN...

ALOR SETAR – Tiga jabatan di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini...

Indeks Jenayah Dikurangkan 40 Peratus Dalam 5 Tahun

KUALA LUMPUR (Bernama) — Sebanyak 40 peratus indeks jenayah
berjaya dikurangkan sepanjang tempoh lima tahun pelaksanaan Program Transformasi
Kerajaan (GTP).

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika melancarkan Laporan Tahun
2014 GTP dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) di sini, malam ini, berkata
masih banyak usaha perlu dilakukan untuk membanteras jenayah.

“Di dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Mengurangkan Jenayah,
kini, kita bersyukur bahawa kadar indeks jenayah negara di bawah GTP, telah
berjaya dikurangkan sebanyak 40 peratus dalam tempoh 5 tahun lepas.

“Apa yang mustahak, usaha untuk mengurangkan kadar jenayah akan diteruskan,”
katanya.

Menurut Najib, bagi 2014, kes kecurian kereta telah berkurangan kepada
hampir 20 peratus dan ini merupakan kali pertama penurunan trend jenayah
kecurian kereta semenjak NKRA diperkenalkan.


Jelas beliau, kerjasama antara Polis Diraja Malaysia dengan komuniti
tempatan dan agensi kerajaan akan diperhebatkan lagi demi mewujudkan
persekitaran yang aman untuk diduduki oleh rakyat, dikunjungi pelancong serta
diyakini oleh para pelabur.

Sementara itu, Perdana Menteri berkata di bawah NKRA Membanteras Rasuah,
kedudukan Malaysia telah bertambah baik dengan skor Indeks Persepsinya meningkat
daripada tangga 44 pada 2010 kepada tangga 52 pada 2014 daripada kalangan 175
negara.– BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori