SEBELUM ini kami ada menyiarkan tentang satu showcase Mother’s Day Miracle Night with Siti Nurhaliza yang dianjurkan oleh OMGFest Ventures pada 15 Mei depan.
BACA: Siti Nurhaliza Menyanyi Sambil Memasak Dalam Showcase Hari IbuÂÂ
Namun, dalam sidang media kali kedua yang diadakan di Menara Kuala Lumpur ini adalah khas bagi memperkenalkan barisan penaja yang mahu turut serta beramal untuk anak-anak yatim Pusat Jagaan Budaya Harapan.
Dalam pada itu, Siti Nurhaliza mendedahkan terdapat dua pelawak terkenal iaitu Nabil dan Angah yang bakal bergandingan dengannya dalam memeriahkan hari ibu.
“Pada malam itu, saya akan berkolabrasi dengan Nabil dan Angah untuk menyanyikan satu lagu khas buat semua ibu dan para peminat.
“Alhamdulillah, pihak penganjur memaklumkan bahawa tiket showcase ini hanya tinggal 30%. Jadi cepat-cepat dapatkannya,” kata Siti Nurhaliza.
Pada acara showcase ini, Siti Nurhaliza bakal membawa kelainan dengan menyanyi sambil memasak buat peminat bertuah.
BACA: Diam-Diam Siti Nurhaliza Bakal Lancar Jenama Tudung
Sementara itu, Nouvelles Visages selaku penaja utama telah berbesar hati menawarkan empat tiket VVIP secara percuma kepada dua pasangan bertuah untuk menyaksikan showcase ini sekaligus berpeluang untuk beramah mesra bersama Dato’ Siti Nurhaliza.
Menurut Pengurus Urusan Nouvelles Visages Rita Dato’ Sosilawati, caranya amat mudah, dengan hanya merakam gambar selfie bersama ibu tersayang dengan mempamerkan mana-mana produk Nouvelles Visages bersertakan #nvmothersday dalam laman Instagram.
“Bagi yang berminat, pastikan akaun anda tidak private dan tarikh tutup penyertaan berakhir pada 11 Mei ini.
“Ini adalah peluang yang baik buat para peminat termasuk saya untuk berinterasi bersama penyanyi tersohor, Dato’ Siti. Apatah lagi, dengan kemunculan pelawak-pelawak terkenal Nabil dan Angah,” ujar Rita.
Mengulas mengenai acara yang bakal berlangsung, Rita menyatakan pihaknya akan memperkenalkan packaging baru jenama kosmetiknya sekali gus mengadakan demonstrasi mekap dan cabutan bertuah buat tetamu yang hadir.
Tiket-tiket untuk persembahan istimewa Hari Ibu ini yang berharga RM399, RM599, RM799 dan RM999 sudah mula dijual menerusi www.redtix.airasia.com atau boleh menghubungi talian 03-89573348. – MYNEWSHUB.CC
Oleh: FARAH
Foto/Video: RIZA RAZAK
https://www.youtube.com/watch?v=9dhEYbMRfpM&feature=youtu.be