Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Remaja Pandu Lawan Arus...

BUKIT MERTAJAM - Remaja perempuan yang memandu secara melawan arus di Lebuhraya Utara-Selatan...

Konsert Ditaja Syarikat Judi...

BENAR kata orang, sarang tebuan jangan dijolok, nanti buruk padahnya.Mungkin itulah pepatah yang...

Kerajaan Sedia Timbang Status...

LABUAN - Kementerian Pengangkutan akan memberi status antarabangsa kepada Lapangan Terbang Labuan (LTL)...

Pemukiman Bermula Pertemuan Antara...

SINGAPURA - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memulakan Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura...

Cara Parking Kereta Ikut Gaya Itali…?

ROME – Ia merupakan satu pengalaman yang tidak akan dilupakan seumur hidup oleh seorang penjaga garaj, Roberto Cinti, apabila dia secara tidak sengaja telah merempuh sebuah kedai ketika memandu Ferrari milik sepasang suami isteri dari Belanda bernilai lebih RM400,000.

Cinti menyangka dia menekan brek kenderaan mewah itu sebaliknya dia tertekan accelerator, mengakibatkan Ferrari itu meluncur lalu merempuh sebuah kedai.

Ketika itu Cinti mahu menghantar kereta Ferrari 599 GTO tersebut kepada pemiliknya yang menginap di sebuah hotel, yang terletak tidak jauh dari garaj terbabit.

ferrari

“Saya keliru, saya menekan accelerator, bukannya brek,’’ katanya kepada polis ketika siasatan dijalankan.

Cinti hanya mengalami kecederaan ringan namun dia terpaksa menerima rawatan di hospital kerana terkejut.


Dalam pada itu, identiti pemilik Ferrari berkenaan tidak didedahkan dan reaksinya kepada kejadian itu juga tidak diketahui.

Perkara berkenaan kini masih disiasat oleh syarikat insurans.

– MYNEWSHUB.CC

https://youtu.be/eaeFkPH5tzw

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori