Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

3 Didakwa Kes Hina...

PADAH mencetuskan kontroversi dan kemarahan umat Islam di negara ini dengan menghina Nabi...

Tak Gentar Pembangkang Guna...

PEKAN - Barisan Nasional (BN) tidak gentar dengan tindakan Pakatan Harapan menggunakan hanya...

VIDEO : Aksi Abe...

TUMPAT (Kelantan) - Di tepi kiri jalan menghala ke Kawasan Bebas Cukai di...

Kilang Susu Kambing RM5j:...

PENGELUAR produk susu kambing, Cipta Success Marketing (CSM) optimis mencatatkan keuntungan lebih positif...

IS Tawan Perkampungan Dekat Ramadi

BAGHDAD – Kumpulan IS melancarkan serangan di wilayah Anbar di barat Iraq, sekali gus menawan tiga perkampungan berhampiran ibu negeri Ramadi.

Serangan itu dilancarkan selepas IS mengalami kekalahan awal bulan ini apabila tentera Iraq menawan semula Tikrit, bandar kelahiran Saddam Hussein.

Pertempuran itu turut mengancam Ramadi yang terletak 115 kilometer ke barat Baghdad.

Hampir sedekad lalu, Ramadi adalah antara kubu kuat kumpulan penentang susulan pencerobohan Iraq yang diketuai Amerika Syarikat. Ia kini dikuasai tentera kerajaan walaupun beberapa kumpulan militan menguasai beberapa bahagian lain.


Dalam serangan sebelum fajar itu, anggota IS menawan perkampungan Sjariyah, Albu-Ghanim dan Soufiya yang sebelum ini dikuasai kerajaan.

Pertempuran juga berlaku di bahagian sempadan timur Ramadi, kira-kira dua kilometer dari bangunan kerajaan. – AP

https://youtu.be/gXf4SF8lxWI

  • Lagi berita berkaitan:
  • IS

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori