Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

5 Juta M40 Dijangka...

KUALA LUMPUR - Kira-kira 5 juta golongan berpendapatan sederhana (M40) dijangka turut menerima...

Anak Kura-Kura Bernilai RM52,550...

SEPANG - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya menggagalkan cubaan menyeludup 5,255 ekor...

3 Maut, Pesawat Pecah...

ISTANBUL - Tiga orang terbunuh manakala 179 penumpang cedera apabila sebuah pesawat Pegasus...

Polis Sedang Mengesan Pemilik...

TAWAU - Polis sedang mengesan pemilik bot yang karam di perairan Batu Payung...

Israel Dakwa Hamas Beri Latihan Buat Pelajar Palestin Di Malaysia

Menurut laporan sebuah akhbar Israel, Haaretz, perisikan rahsia Israel, Shin Bet mendedahkan maklumat tentang dakwaannya sebelum ini bahawa Malaysia telah dijadikan tempat latihan ketenteraan oleh Hamas untuk pelajar Palestin.

Terdahulu, Malaysia telah menafikan desas-desus dari pihak Israel bahawa gerakan tersebut membuat latihan paragliding di negara ini.

Namun kali ini, dakwaan tersebut telahpun menjadi tuduhan yang difailkan bulan lalu terhadap seorang penduduk Hebron, Waseem Qawasmeh yang ditangkap pada 13 Februari selepas pulang dari Malaysia.

[R2R Dedah Israel Tahan 22 Wanita, 163 Kanak-Kanak Palestin]

Pemuda berusia 24 tahun itu didakwa menyertai sebuah organisasi haram dan menerima sejumlah wang dari musuh.

Selain itu, Shin Bet turut menuduh pejuang Hamas yang berada di Malaysia aktif dalam merekrut pelajar Palestin di sini untuk dijadikan tentera.

Dalam dakwaan tersebut juga, ia mengatakan bahawa pelajar yang telah selesai menjalani latihan akan dihantar ke Tebing Barat dan mendirikan rangkaian ketenteraan.

Malah mereka turut bertindak sebagai penghantar maklumat antara wilayah dan negara asing dan turut melakukan pemindahan wang secara rahsia.


Pada musim panas lalu, Israel telah menerbitkan maklumat daripada soal siasat oleh ahli pasukan bawah tanah Hamas di Gaza yang mendakwa dia telah melakukan latihan paragliding di Malaysia supaya dapat masuk ke Israel bagi menjalankan aktiviti pembunuhan dan penculikan.

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: IZZAT MOHD ANUAR

Laporan Sinar TV – Isrel Tuduh Hamas Dilatih Di Malaysia

https://www.youtube.com/watch?v=EwHz6daR01M

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori