Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Tak Adil, Bagaimana Dengan...

KUALA LUMPUR - Bekas menteri Wilayah Persekutuan, Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini...

Perak Rekod 4,812 Kes...

IPOH - Sebanyak 4,812 kes demam denggi dilaporkan di Perak bagi tempoh Januari...

Syed Saddiq Mohon Maaf...

KUALA LUMPUR : "Saya dengan rendah hati memohon maaf", pinta Ahli Parlimen Muar,...

PRN Johor: SOP Berkempen...

KUALA LUMPUR: Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tan Sri Muhyiddin Yassin menyarankan...

Isteri Pertama John Lennon Meninggal Dunia Sebab Kanser

ISTERI pertama anggota kumpulan The Beatles, John Lennon, Cynthia Lennon meninggal dunia semalam di rumahnya di Majorca, Sepanyol disebabkan penyakit barah yang dihidapinya sejak beberapa tahun lalu.

Tak ramai peminat Beatles mengetahui yang Cynthia, 75, merupakan bekas isteri kepada mendiang Lennon kerana sebelum ini Lennon tidak pernah mendedahkan perkahwinan mereka kepada umum sejak Beatles menempuh zaman kegemilangan mereka pada tahun 60-an.

Pasangan ini bertemu ketika masing-masing melanjutkan pengajian di Liverpool Art College dan kemudiannya mendirikan rumah tangga sehingga dikurniakan seorang anak lelaki, Julian.

Selepas berkahwin, Cynthia dipaksa hidup ‘bersembunyi’ dan tidak boleh mendedahkan identitinya sebagai isteri Lennon pada ketika itu.

Tak lama kemudian, Lennon dikhabarkan curang dengan Yoko Ono yang mana menyebabkan kehancuran rumah tangga Lennon dan Cynthia.

Cynthia menerima £100,000 (RM545,248) hasil daripada penceraian mereka pada 1968.

Yoko yang terkejut dengan berita kematian Cynthia menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Cynthia dengan menyifatkan mendiang seorang ibu yang baik dan seorang yang kuat dalam menghadapi cabaran hidup.


– MYNEWSHUB.CC

beatles1

beatles2

beatles3

https://www.youtube.com/watch?v=UAlD_4CMe80

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori