SEBELUM ini, penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza ada memuat naik status menyatakan sokongannya terhadap mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Siti menyifatkan sokongan yang dilakukannya itu adalah bersifat spontan dan enggan memberikan sebarang komen lanjut kerana tidak mahu perkara itu terus berlarutan.
“Seandainya ada pihak yang mahu melihatnya dari sudut politik, saya tidak boleh menghalang dan terpulang pada perspektif masing-masing.
“Bagi diri saya, apabila perkara itu berlaku (luahan hati Tun Dr. Mahathir), saya tidak memikiran apa-apa melainkan hanyalah sebagai satu sokongan moral kepada beliau sebagai generasi yagn membesar dalam era pemerintahannya,” katanya memetik Rakyat Post.
Siti pada 14 April lalu telah memuat naik status yang menyatakan sokongannya terhadap Tun M yang meluahkan isi hatinya dengan mengatakan dia kini keseorangan sewaktu kemelut yang berlaku di antara beliau dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Selain Siti, Rozita Che Wan juga merupakan antara artis yang menyatakan sokongan terbukanya terhadap bekas perdana menteri itu. – MYNEWSHUB.CC
Oleh:  IMANI