Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Serangan Dhaka: Dunia Perlu...

KUALA LUMPUR - Serangan pengganas di sebuah kafe di Dhaka menunjukkan betapa dunia...

Mahathir Makin Biadab, Pertikai...

PANAS... Dalam situasi menjelang Pilihan Raya Umum (PRU), maka satu strategi yang biasa...

Lagi Gempa 6.5 Skala...

KUALA LUMPUR - Gempa bumi kuat berukuran 6.5 pada skala Ritcher melanda South...

Kesemua Pelajar Malaysia Di...

KUALA LUMPUR - Kesemua 18 pelajar Malaysia yang sedang menuntut di tiga universiti...

Izara Aishah Belum Bersedia Untuk Menjadi Isteri

Pelakon jelita, Izara Aishah mengakui bahawa dia kini mahu mencapai kejayaan dalam kerjayanya dahulu sebelum bergelar isteri.

Izara juga tidak terlepas dengan soalan berkaitan hubungannya dengan Adib Khalid iaitu anak lelaki Datuk K yang juga suami kepada penyanyi popular Dato’ Siti Nurhaliza.

“Walaupun hampir satu tahun mengenali dia, tapi sehingga kini saya mahu berfikir mengenai berumah tangga. Banyak yang saya belum capai dalam kerjaya.”

“Sebelum nak jadi isteri, saya nak berjaya dulu dalam bidang yang saya ceburi,” katanya kepada sebuah majalah.

Izara juga menyatakan hubungan mereka baik dan mengakui Adib adalah teman lelaki yang paling rapat dalam hidupnya.

Khabarnya keluarga Adib sangat menyenangi pelakon ini kerana dia juga pandai memasak.

Apa-apa pun, semoga berjaya dan sentiasa maju dalam kerjaya yang diceburi Izara.


– MYNEWSHUB.CC

 

 

Oleh: SyfqAkhir

 

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori