Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

GAMBAR : Ibu Terkorban...

Demi menyelamatkan anak tersayang, seorang ibu mempertaruhkan nyawa sendiri hingga maut dirempuh sebuah motosikal.Kejadian...

Muhyiddin Mohon Kes Dipindah...

Bekas Perdana Menteri Muhyiddin Yassin memohon supaya kes menggunakan kedudukan untuk suapan berjumlah...

Rizab Asing BNM Terus...

PARAH... Selepas hilang lebih AS$900 juta (kira-kira RM3.8 bilion) untuk tempoh 15 hari...

Mahathir Pelawa Jepun Atasi...

IBARAT paku dulang, paku serpih kata orang tapi dia pula yang lebih, mungkin...

Izreen Azminda Nekad Mahu Tampil Berhijab

BEBERAPA hari lalu, kami ada menyiarkan perihal pelakon dan pengacara Mahligai Cinta, Izreen Azminda yang kini digosipkan dengan aktor kacak, Fahrin Ahmad.

Baca: GAMBAR: Mesra Semacam… Izreen Azminda, Fahrin Hangat Bercinta?

Tup-tup muncul pula berita gembira bahawa pelakon cantik itu kini sudah mengenakan hijab.

Melihat laman Instagram milik Izreen, boleh dikatakan sejak akhir-akhir ini Izreen sememangnya sering memuat naik gambar penampilannya dirinya bertudung dan berpakaian lebih sopan.

https://instagram.com/p/1DZEBcrvWM/?taken-by=izreenazminda
https://instagram.com/p/0__wnpLvZu/?taken-by=izreenazminda
https://instagram.com/p/02us6dLvf1/?taken-by=izreenazminda
https://instagram.com/p/04bhK5rvec/?taken-by=izreenazminda

Malah, menerusi ruangan komen rata-rata peminatnya tidak henti-henti meluahkan sokongan dan memberi kata-kata positif terhadap penampilan baharunya.

Mengulas mengenai penampilannya itu, Izreen menjelaskan dia kini dalam proses membiasakan diri dengan imej bertudung.

“Alhamdulillah, sebenarnya niat untuk bertudung itu sudah lama saya fikirkan. Kebetulan pula kini saya sedang menggalas watak Damia Farisha menerusi drama bersiri Eksperimen Cinta yang memerlukan saya bertudung.


“Buat masa ini saya selesa penampilan ini, malah bukan di set saja, keluar rumah pun saya cuba biasakan diri pakai pakaian menutup aurat.

“Namun masih ada babak lakonan memerlukan saya membuka tudung lagi dan Insya-ALLAH, penghujung bulan ini, saya akan bertudung sepenuhnya. Doakan saya,” kata Izreen.

Menurut ibu kepada Andrian Umar ini, keputusan untuk berhijrah ini diputuskan tanpa dipengaruhi oleh sesiapa.

Alhamdulillah.. moga Izreen istiqamah atas penghijrahan ini.

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: FARAH

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori