Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Kementerian Kesihatan Tubuh Jawatankuasa...

PETALING JAYA - Menteri Kesihatan Datuk Dr S Subramaniam berkata satu jawatankuasa khas...

Hargailah Orang Melayu –...

KUALA LUMPUR - Hargailah orang Melayu dan kepimpinan Melayu. Itu pesanan Mufti Perlis, Prof....

PGPF Kecam Kekerasan Israel...

KUALA LUMPUR - Yayasan Keamanan Global Perdana (PGPF) pada Rabu mengecam tindakan Israel...

Najib Ucap Tahniah Kejayaan...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada...

Jackson Semalam, Hari Ini Dan Selamanya

KUALA LUMPUR – Jermaine Jackson, anggota kumpulan The Jacksons dan abang kepada raja pop Michael Jackson berada di Malaysia baru-baru ini dan penulis Bernama, Joan Santani Santanasamy berkesempatan mewawancara singkat beliau mengenai persembahan dan rancangan masa hadapan mereka.

Bintang Motown 70-an ini pernah datang ke negara ini dan begitu teruja untuk kembali semula ke Malaysia dan amat berpuas hati dengan layanan yang diberikan kepadanya.

“Saya banyak kali datang ke Malaysia pada tahun 80-an dan kami suka sekali dengan layanan dan sambutan yang kami terima,” katanya sambil tersenyum.

Kumpulan ini berada di negara ini untuk mengadakan persembahan bagi acara tahunan Petronas Malaysia Grand Prix Gala 2015.

Litar Antarabangsa Sepang membuat undangan khas kepada kumpulan The Jacksons serta tokoh fesyen George Kotsiopoulos dan Cameron Silver untuk jamuan malam gala bagi meraikan Grand Prix (GP) itu.

Persembahan The Jacksons sewaktu GP Malaysia 2015 adalah lanjutan kepada program Unity Tour 2012-2013 yang diadakan selepas kematian Michael pada 2009.

Acara itu adalah untuk membantu Bidara, badan kebajikan bukan untuk keuntungan yang dikendalikan isteri wakil rakyat Barisan Nasional Kedah.

MAGIS THE JACKSONS MASIH MENYERLAH

Pada jamuan malam itu, Jermaine membuat persembahan bersama tiga lagi saudara lelakinya iaitu Tito, Jackie dan Marlon dan mereka adalah juga anggota yang mengasaskan pembentukan The Jackson Brothers.

Kumpulan ini kemudian dikenali sebagai The Jackson Five dan kini dipanggil The Jacksons.

Persembahan mereka pada malam itu ternyata berjaya menghiburkan para tetamu yang hadir sehinggakan ada yang bangkit untuk menyanyi dan menari mengikut irama lagu yang didendangkan.

Meskipun kumpulan yang popular di Amerika ini berada di negara ini pada Disember 2012, nampaknya para peminat masih merindui lagu-lagu nyanyian mereka.

“Kalau hendak diikutkan, kami telah membuat persembahan yang baik. Memang pun kami mahu tetamu bangun dan menari kerana jika tidak, persembahan kami boleh dianggap gagal,” kata penyanyi rentak soul berusia 60 tahun ini kepada Bernama.

Lagu-lagu hit lama mereka seperti “I Want You Back”, “ABC”, “Never Can Say Goodbye”, “RockinƃĀ¢Ć¢ā€šĀ¬Ć¢ā€žĀ¢ Robin”, “Sugar Daddy”, “IƃĀ¢Ć¢ā€šĀ¬Ć¢ā€žĀ¢ll Be There”, “Maybe Tomorrow” dan “The Love You Save” berjaya memukau tetamu yang hadir.

Ternyata penonton begitu terhibur dengan persembahan The Jacksons, sebahagiannya kerana sumbangan besar mendiang Michael kepada kumpulan ini.

“Sebenarnya kami semua masih berasa sedih dengan kematian Michael, ” kata Jermaine, apabila ditanya mengenai kematian Raja Pop itu.

Jermaine juga ternyata mengenali tokoh-tokoh Malaysia kerana sewaktu sesi wawancara ini, pembuat kasut yang tersohor, Datuk Jimmy Choo lalu dan Jermaine memohon untuk bergambar dengan Choo yang dianggapnya sebagai kawan baik beliau.

KEMBARA MUZIK JACKSONS DITERUSKAN

Setelah sekian lama menyepi, Jacksons kini sudah bersedia untuk menghasilkan album baru dan lagu-lagu hit. Album baru mereka dijangka menemui peminat pada tahun ini.

“Pasti kami akan menghasilkan muzik baru tahun ini kerana kami sudah memulakannya dan sedang berusaha untuk menyiapkannya,” jelas Jermaine.


Kumpulan The Jacksons yang berasal dari Gary, Indiana ini adalah nama besar dalam industri muzik Amerika.

Ia ditubuhkan pada tahun 1964 dan pada bulan Januari 1970 lagu hit mereka, “I Want You Back”, menduduki tempat teratas carta Billboard Hot 100.

Dengan pimpinan “The Corporation” yang menghasilkan kebanyakan rekod mereka, The Jackson Five menghasilkan dua lagi single nombor satu iaitu “ABC” dan “The Love You Save”.

JATUH BANGUN THE JACKSONS

Memang banyak kisah jatuh dan bangun The Jacksons termasuk kehilangan anggota kumpulan apabila Michael dan Jermaine membuat keputusan untuk menyanyi solo. Rekod mereka pula menjunam daripada carta sejak tahun 1970-an.

Adik lelakinya Michael yang menyertai The Jackson Five pada tahun 1964, meninggalkan kumpulan itu pada tahun 1971 ketika berusia 17 tahun untuk menyanyi solo. Beliau kemudiannya mencipta karier yang sungguh besar dalam bidang nyanyian.

Jermaine juga menikmati kejayaan sepanjang kariernya menyanyi solo pada lewat 70-an dan awal 1980-an dan kini kembali menganggotai The Jacksons.

Album 1980 beliau, ‘Let’s Get Serious’ dicalokan untuk Anugerah Grammy dan lagu-lagu seperti ‘Daddy’s Home’, ‘Feel the Fire’ dan ‘Let’s Get Serious’ berjaya disenaraikan di tempat teratas carta Billboard Hot 100.

“Memang ada orang yang kata anda sepatutnya tak keluar dari kumpulan itu dan menyanyi solo. Anda sepatutnya setia dengan kumpulan,” kata Jermaine mengenai pengalaman muziknya bersama kumpulan itu.

KOMEN JERMAINE MENGENAI ZAYN MALIK

Bukan perkara baru untuk anggota kumpulan meninggalkan kumpulan mereka yang berjaya.

Terkini ialah keputusan Zayn Malik keluar daripada kumpulan yang tidak asing lagi khususnya dalam kalangan anak muda, One Direction. Tindakannya itu dilaporkan membuatkan berjuta-juta gadis belasan tahun di seluruh dunia patah hati.

Berdasarkan pengalamannya sendiri, Jermaine berkata tindakan Zayn adalah langkah yang terbaik.

“Sekiranya Zayn mahu menyanyi solo, berilah dia kebebasan dan ruang untuk mencipta karier sebagai penyanyi solo.

“Seperti semua perpecahan dalam sejarah muzik, macam-macam boleh berlaku kepada kumpulan itu tetapi adalah perkara biasa untuk seorang anggota meninggalkan kumpulan untuk mencuba nasib sendiri.

“Sekiranya dia tahu apa yang hendak dibuatnya, nasib baik akan menyebelahinya,” kata Jermaine. One Direction adalah kumpulan anak muda Inggeris-Irish terdiri daripada Niall Horan, Liam Payne, Harry Styles, Louis Tomlinson dan Zayn. Mereka menghasilkan empat album yang berjaya memecah rekod dunia iaitu ‘Up All Night’, ‘Take Me Home’, ‘Midnight Treasures’ dan ‘Four’.

Album-album ini mencatat kejayaan cemerlang dalam rekod penjualan di pasaran-pasaran utama dan menghasilkan single hit seperti ‘What Makes You Beautiful’, ‘Live While WeƃĀ¢Ć¢ā€šĀ¬Ć¢ā€žĀ¢re Young’,’Story Of My Life’ dan ‘Steal My Girl’. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori