Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Ibu Bapa Perlu Budayakan...

KENINGAU - Ibu bapa perlu membudayakan etika dan peraturan sihat dalam penggunaan gajet...

21 Kluster Baharu Dicatatkan...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenal pasti 21 kluster baharu Covid-19...

Nuan Nuan Mungkin Dihantar...

KUALA LUMPUR - Zoo Negara tidak merancang melanjutkan tempoh penyimpanan Nuan Nuan, anak...

Kes Rasuah Guan Eng,...

MAHKAMAH Tinggi Pulau Pinang hari ini, menetapkan 30 Julai hadapan sebagai tarikh sebutan...

Jangan Bandingkan Tarif Air Dengan GST – PBAPP

KUALA LUMPUR – Jangan bandingkan kenaikan tarif air di Pulau Pinang dengan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), kata Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn. Bhd. (PBAPP), Ir. Jaseni Maidinsa.

Dakwa beliau, kenaikan tarif air tidak memberi kesan terhadap 100 peratus pengguna di Malaysia kerana 47.4 peratus isi rumah di Pulau Pinang tidak menerima kesan daripada kenaikan itu berikutan caj minimum dan tarif penggunaan untuk band terendah tidak berubah.

“Sebanyak 27.9 peratus daripada isi rumah di Pulau Pinang akan membayar maksimum 60 sen lebih sebulan dan tidak enam peratus lebih bagi setiap produk atau perkhidmatan yang dibeli.

“Dengan itu, 75.3 peratus daripada isi rumah di Pulau Pinang yang menggunakan air kurang daripada 35,000 liter air sebulan terus menikmati tarif domestik terendah di Malaysia,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Jaseni dalam pada itu membantah kenyataan Pemuda UMNO Pulau Pinang bahawa kenaikan tarif air di negeri itu dibuat secara `sorok-sorok’.


Dakwanya, PBAPP telah mengumumkan kajian semula tarif air pada 15 April 2014 dn hanya dapat dilaksanakan selepas mendapat kelulusan daripada Kerajaan Persekutuan pada 15 Februari 2015.

“Dakwaan ini adalah mengelirukan, tidak benar dan tidak berasas,” katanya. – mynewshub.cc

https://www.youtube.com/watch?v=4YGdkMTUgLo

  • Lagi berita berkaitan:
  • GST

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori