Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

DOJ: PDRM Ambil Tindakan...

KUALA LUMPUR - Polis DiRaja Malaysia (PDRM) akan mengambil tindakan jika terdapat unsur...

Nazmi Faiz Harus Dihantar...

KUALA LUMPUR - Pemain tengah skuad Harimau Muda, Muhammad Nazmi Faiz Mansor harus...

Terbuka AS: Williams Raih...

NEW YORK - Pemain nombor satu dunia, Serena Williams merangkul gelaran kejohanan tenis...

PH-BN Optimis Bentuk Kerajaan...

ALOR SETAR: Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) mengulangi keyakinan sudah memiliki...

Jangan Mudah Percaya Maklumat Di Laman Sosial – KP Kedah

ALOR SETAR – Ketua Polis Kedah Datuk Zamri Yahya mengingatkan orang ramai supaya tidak mudah percaya dengan penyebaran maklumat di laman sosial tanpa sumber yang sahih dan tepat daripada pihak polis.

Beliau berkata maklumat tidak sahih berkaitan kes jenayah dan soal keselamatan setempat yang menjadi ‘viral’ dalam laman sosial boleh mencetuskan kebimbangan dan panik dalam masyarakat.

Katanya contohnya kejadian kanak-kanak mengalami kecederaan pada bahagian muka akibat terkena pisau baru-baru ini dipercayai berpunca daripada ibu bapa mereka bergaduh yang dikatakan berlaku di Sungai Petani adalah tidak benar.

“Kejadian itu berlaku di negara jiran dan menjadi viral yang mengatakan kejadian itu berlaku di Sungai Petani. Ini menyebabkan berlaku kekeliruan dalam masyarakat, timbul rasa gelisah dan marah oleh masyarakat.

“Masyarakat perlu semak terlebih dahulu kesahihan sesuatu berita menerusi pihak polis serta media cetak dan elektronik tempatan yang melaporkan berita yang sahih,” katanya pada Majlis Makan Malam PDRM Bersama Media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah di sini malam tadi.


Zambri berkata peranan yang dimainkan media amat besar dengan dapat memperbetulkan maklumat yang salah yang sengaja disebarkan pihak tidak bertanggungjawab untuk menimbulkan kegelisahan masyarakat.

Dalam pada itu, beliau berkata hubungan antara media dan polis amat penting dalam penyampaian maklumat yang tepat kepada masyarakat setempat sekaligus menangkis maklumat palsu.

Pada majlis itu, sebanyak 32 orang pengamal media di negeri ini menerima surat penghargaan daripada Ketua Polis Kedah atas kerjasama dalam pencegahan jenayah dan keselamatan komuniti. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori