Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Anwar Kena Biar Mahathir...

SINIS... Datuk Seri Anwar Ibrahim disaran biar sahaja Tun Dr. Mahathir Mohamad jadi...

Wanita Warga Thailand Maut...

KUALA TERENGGANU - Seorang wanita warga Thailand maut selepas tertimbus tanah ketika melakukan...

Pendaftaran OKU Di Negara...

SEREMBAN - Pendaftaran Orang Kurang Upaya (OKU) di negara ini masih kurang dengan...

Memalukan….Menteri Mengaku Tak Baca...

PARIS –Seorang menteri wanita Perancis, Fleur Pellerin mengejutkan penduduk di negara berkenaan selepas...

Jangan Sesekali Mengutuk Ibu Saya – Ahmad Maslan

HANYA kerana kenyataannya disalah erti dan diputar belit, Timbalan Menteri Datuk Ahmad Maslan dikritik teruk banyak pihak terutamanya penuntut institusi pengajian tinggi.

Kebanyakan penuntut tidak berpuas hati dengan pendapat Ahmad yang menyarankan agar mereka memasak sendiri dan mengurangkan aktiviti makan di luar bagi mengelakkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

[TERDAHULU: Saranan ‘Masak Sendiri Elak GST’ Dimanipulasi – Ahmad Maslan]

Namun, luahan tidak puas hati segelintir pihak bertukar menjadi biadab apabila mereka mengaitkan ibu beliau dengan kenyataan yang dikeluarkannya itu, malah ada yang memberi gelaran khinzir!

Menurut Ahli Parlimen Pontian itu, masyarakat boleh membuat kritikan pedas terhadapnya berhubung isu-isu berkaitan tetapi bukan terhadap ibunya yang tidak bersalah.

“Boleh kata apa sahaja kepada saya, malah dengan gelaran paling buruk juga tidak menjadi masalah tetapi jangan sesekali mengutuk ibu saya,” ujarnya kepada Harian Metro.

Beliau berkata, reaksi tersebut tidak wajar kerana ibunya hanyalah individu biasa yang tidak mengetahui apa-apa tentang GST.

Jangan kaitkan ibu saya dengan GST kerana beliau langsung tidak ada kena-mengena dengan perkara ini dan untuk pengetahuan, ibu saya penoreh getah yang buta huruf namun tahu membaca Al-Quran.


“Walaupun hanya menoreh getah, ibu dan arwah ayah saya menjalankan tugas mendidik saya dan adik-beradik lain dengan baik hingga kami semua berjaya seperti sekarang,” kata Ahmad.

Sejak akhir-akhir ini, Ahmad menerima banyak tohmahan selepas kenyataannya menimbulkan reaksi tidak senang masyarakat Malaysia.

[BACA: Pengguna Naik Angin Topup Ada GST, Peruncit Serik Nak Jual]

Selain isu ‘masak sendiri elak GST’ nama Ahmad turut panas berkaitan isu harga kad tambah nilai yang naik sebanyak 6% selepas GST.

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: IZZAT MOHD ANUAR

Nama Ahmad Maslan Terus Trending Di Twitter

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori