Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Ali Hamsa Enggan Ulas...

PUTRAJAYA - Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa, belum bersedia untuk...

Keputusan Kor Ming Tidak...

KUALA LUMPUR - Ahli-ahli Parlimen pembangkang menyifatkan keputusan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat,...

Penumpang Penerbangan Terima Bil...

SINGAPURA – Seorang ahli perniagaan warga Kanada terkejut apabila mendapati dia dikenakan bayaran...

Beli Bunga Dapat ‘Kekasih’

KAJANG - Tawar kalungan bunga dengan harga antara RM70 hingga RM100 untuk layanan...

Jasad Jamaluddin Jarjis Dan Azlin Alias Dikenal Pasti

KUALA LUMPUR – Jasad Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis dan Datuk Azlin Alias yang terkorban dalam nahas helikopter di Semenyih semalam telah dikenal pasti.

Menurut Pejabat Akhbar Perdana Menteri dalam catatan terkini di laman Twitter pada 7.47 pagi ini, jenazah kedua-dua mereka akan dibawa pulang ke rumah masing-masing untuk urusan pengebumian pagi ini.

Ini adalah kali pertama berita mengenai kematian mereka disahkan secara rasmi.

Jamaluddin, yang merupakan Pengerusi Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) dan Azlin, Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri, bersama empat lagi dalam perjalanan pulang dari Pekan, Pahang ke Kuala Lumpur dengan menaiki helikopter AS3655N2 Dauphin (9M-1GB), yang terhempas di kawasan kebun getah di Kampung Sungai Pening, Semenyih pada 4.55 petang.

Empat lagi mangsa di dalam helikopter itu ialah juruterbang Kapten Clifford William Fournier, pembantu operasi Aidana Baizieva, pengawal peribadi Jamaluddin, Razakan B Seran dan usahawan Datuk Tan Huat Seang.


Kesemua mayat, yang ditemui pasukan mencari dan menyelamat melibatkan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Jabatan Pertahanan Awam beberapa jam selepas insiden itu, dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat dan pengecaman identiti.

– BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori